Pelawak Jep Sepahtu memaklumkan isterinya, Sari Yanti akan menjalani pembedahan hari ini selepas anak kedua yang berada dalam kandungan tidak bergerak lagi.
Menerusi Instagram Jep, dia berkongsi kisah sedih itu kepada pengikutnya dan berharap orang ramai mendoakan isterinya.
Anak tak bergerak
Dalam entri tersebut, Jep memberitahu sewaktu dia dan isteri melakukan check up di hospital, anak yang berada di dalam kandungan itu tidak lagi bergerak. Malah, isterinya perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi tersebut hari ini.
Doa rakan artis dan netizen
Rata-rata rakan artis dan netizen mendoakan agar urusan pembedahan Sari Yanti hari ini dipermudahkan dan mereka juga mengucapkan takziah buat Jep dan isteri.
Jep dan Sari Yanti telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan seorang anak bernama Dariya Inara.
Sumber: Jep Sepahtu
0 comments :
Post a Comment