Sertai Kelas Al-Quran 3 Kali Seminggu, Bandi Amuk Tak Malu Belajar Dari Iqra Semula

Agak lama juga tidak mendengar khabar kumpulan ‘heavy metal’, Amuk, terutamanya vokalis Bandi. Antara lagu yang pernah dipopularkan kumpulan ini ialah Rozana, Aku Tak Peduli dan Malaysia Maju. Terbaru, Bandi Amuk kongsi kisah penghijrahannya dan aktiviti dakwah yang pasti mengagumkan kita semua.

Menurut laporan Metro Online, Bandi Amuk menceritakan pengalamannya mengikuti aktiviti dakwah dan keagamaan termasuk mempelajari semula Al-Quran dari bermula dari Iqra.

Penat asyik bercerita hal dunia

Penyanyi Bandi Amuk kini mengikuti aktiviti dakwah dan keagamaan termasuk mempelajari bacaan Al-Quran. Tambahnya lagi, dia mengikuti kelas Al-Quran tiga kali seminggu bermula dari bacaan Iqra.

Saya boleh membaca Al-Quran, cuma dulu belajar tak habis. Saya penat apabila orang asyik bercerita hal dunia kerana dari dulu sehinggalah usia saya sekarang, saya belum khatam al-Quran.

Malah, dia mengakui tidak malu untuk belajar semula bacaan Al-Quran bermula dari Iqra walaupun usianya sudah lebih separuh abad.

Apa nak malu?

Ketika mula menyertai kelas itu, mereka tanya saya nak bermula dari mana? Saya jawab nak mula dari Iqra semula. Apa nak malu?.

Dulu ketika belajar, makcik yang mengajar saya itu hanya menyapu sampah sambil mendengar kita membacanya. Kemudian dia tegur kita salah baca. Dia boleh tahu yang tajwid saya salah. Itu buat saya ambil keputusan belajar semula.

Bandi Amuk telah berlajar semula bacaan Al-Quran sejak setahun lalu dan mengakui proses pembelajaran terhenti apabila dia mendapat tawaran mengadakan persembahan.

Dulu ketika belajar, makcik yang mengajar saya itu hanya menyapu sampah sambil mendengar kita membacanya. Kemudian dia tegur kita salah baca. Dia boleh tahu yang tajwid saya salah. Itu buat saya ambil keputusan belajar semula.

Belajar kerana tanggungjawab

Kadang-kadang saya terfikir perlu menghabiskannya. Baru-baru ini sebaik tiba di rumah selepas balik dari menjayakan persembahan di Sabah, saya segera bersiap-siap dan pergi belajar kerana ia tanggungjawab. Saya ada juga mengajak rakan-rakan lain turut serta. Kalau bolehlah dalam usia begini, kita kurangkan cerita hal dunia.

Sementara itu, Bandi Amuk bersyukur apabila anak lelakinya pulih dari penyakit masalah ketumbuhan di bahagian belakang paru-paru. Dia berhasrat untuk sambung belajar di peringkat ijazah sarjana muda. Dia mensyukuri kesihatan anaknya itu semakin sihat atas berkat doa.

Sumber: Metro

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment