Masa kecik-kecik dulu, hampir semua kanak-kanak mesti ada satu tabung kan? Tak besar mesti ada yang kecil. Ini salah satu cara mak ayah kita nak pupuk minat menabung. Admin dulu pun ada tabung ayam! Bila pecahkan, fuh memang rasa kaya kejap lah.
Bila dah besar dan bekerja ni memang susah nak consistent menyimpan. Walaupun pahit untuk kami katakan tapi perkara ni memang betul! Bila ditanya pasal simpanan wang, kebanyakkan kita akan jawab sama ada takde simpanan atau pun tak cukup. Satu kajian dijalankan dan isu ni memang terbukti betul!
Keputusan yang memeranjatkan!
Baru-baru ni, kitorang ada keluarkan satu artikel di mana korang digalakkan untuk menjawab survey dari Kajian Literasi Kewangan Malaysia untuk mengkaji kadar celik kewangan peribadi di Malaysia.
Ha ini lah keputusannya! Mesti korang tak sangka!
59% rakyat Malaysia tak ada wang simpanan. Parah ni!
Korang termasuk tak dalam 59% ni? Kalau tak, tahniah. Kalau termasuk, mungkin korang kena kaji balik perbelanjaan korang. Apa yang betul-betul perlu dan apa yang tak. Walaupun sikit, ia amat membantu di masa hadapan tau. Lagi-lagi time kecemasan.
42% responden tak memiliki kad kredit.
Ada yang kata kad kredit ni satu bebanan. Tapi sebenarnya ia boleh membantu korang untuk lebih teratur. Contohnya, korang ada dua kad dan tiap satu untuk kegunaan tertentu. Satu untuk isi minyak kereta dan satu lagi untuk barang keperluan rumah. Korang boleh setkan limit perbelanjaan so korang tak terlebih guna.
Dengan adanya kad kredit, sekurang-kurangnya korang tahu ke mana duit korang tu pergi daripada bil yang dikeluarkan.
34% netizen mengaku mereka berbelanja lebih dari gaji mereka!
Mereka juga mengaku yang mereka berbelanja lebih atau ngam-ngam je dengan amaun gaji mereka. Bermakna, habis bulan terus habis gaji. Takde langsung duit lebih untuk disimpan..
Pesan admin, kalau nak berbelanja pon kenalah ukur baju kat badan sendiri.
21% pula tak melabur langsung untuk masa depan!
Masa depan ni mengerikan! Hari ni korang rasa kewangan korang stabil tapi kita tak tahu apa yang akan jadi nanti. Korang digalakkan untuk belajar ilmu pelaburan ni. Sekurang-kurangnya boleh nampak jalan yang lebih cerah di masa depan. Tak banyak, sikit pun okay tau!
18% rakyat Malaysia tak dilindungi insurans!
Kalau selama ni korang asyik lari dari ejen insurans, hentikanlah. Korang kena duduk dan dengar penjelasan diorang. Dah tu, korang dengar pulak pengalaman orang-orang yang menyesal tak ambik insurans tu. Mungkin korang tak nampak masa tu apa kegunaannya tapi nanti masa kecemasan dan korang tak ada duit. Baru korang rasa lega sebab ada medical card tau!
RinggitPlus bagi solusi mudah untuk rakyat Malaysia urus kewangan mereka!
Tak percaya? Korang kena tengok video ni dan korang jawab sendiri soalan-soalan yang kanak-kanak ni tanya. Tepat ke tak jawapan korang tu. Kalau betul tahniah! Kalau tak, korang mungkin boleh usha laman web RinggitPlus ni untuk faham dengan lebih lanjut!
Dah ada Chatbot tau! Korang boleh tanya semua benda!
RinggitPlus akan menaiktaraf sepenuhnya laman web mereka dengan memperkenalkan ciri chatbot yang bersifat intuitif! Lepas ni kalau ada apa-apa soalan pasal produk kewangan, korang bukak je web RinggitPlus dan dapatkan maklumat serta cadangan!
Fungsi chatbot ni adalah untuk mudahkan transaksi serta permohonan untuk produk kewangan seperti kad kredit, pinjaman, simpanan dan insurans TANPA perlu isi borang permohonan yang rumit! Diorang juga akan berikan kadar yang terbaik untuk korang pilih!
Kalau nak penjelasan yang lebih detail, korang boleh tengok Ringgit Sense Plus di TV3!
Kalau korang dah tanya chatbot dan ulang-ulang baca pun masih lagi tak faham jugak pasal kad kredit ke atau loan ke, korang boleh tengok Ringgit Sense Plus di TV3 ni! Tetamu yang hadir kebanyakkannya pakar dalam bidang kewangan. Jadi, penjelasan yang diberikan mesti lagi padat dan mudah untuk korang faham!
Lepas dengar penjelasan dan tahu betapa mudahnya nak apply apa-apa, mesti korang terus semangat nak mula menyimpan. Kalau dulu korang rasa leceh nak pergi bank, nak tunggu lama-lama, parking kereta lagi. Ha sekarang ni semuanya dihujung jari je! Sambil-sambil tunggu makanan sampai pun boleh apply loan dekat chatbot.
Untuk maklumat lanjut korang boleh baca dekat sini! Jangan lupa menyimpan!
0 comments :
Post a Comment