Cuti sekolah sudah pun tiba. Namun masih ada lagi ibu bapa yang tidak melakukan apa-apa aktiviti bersama anak-anak sepanjang cuti sekolah berlangsung. Selain bergotong royong mengemas rumah, mungkin ibu bapa boleh cuba membawa anak-anak melakukan beberapa aktiviti indoor games bersama.
Di sini, kami senaraikan 7 tempat untuk bermain indoor games yang menarik disekitar ibu kota. Jom!
District 21
Bila anda ingin meluangkan masa bersama anak-anak dan dalam masa yang sama ingin melakukan aktiviti yang lasak, District 21 adalah tempatnya. Taman tema tertutup yang terletak di IOI City Mall ini mempunyai beberapa tarikan yang direka untuk mencabar fizikal dan membuat anda dan anak-anak berpeluh! Menyihatkan badan serta mengeratkan hubungan!
Waktu operasi: 12 tengah hari – 8 malam pada hari biasa, 10 pagi – 8 malam pada hujung minggu dan cuti umum
Alamat: District 21, AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia.
Tel: +603 – 8328 8888
Flight Experience Kuala Lumpur
Bagi anak-anak yang bercita-cita ingin menjadi pemandu kapal terbang, Flight Experience Kuala Lumpur adalah tempat yang sesuai untuk meluangkan masa bersama. Simulator penerbangan ini yang terletak di Pavilion KL adalah merupakan sebuah pengalaman yang amat menarik, menggunakan peralatan penerbangan sebenar, anda dan anak-anak pasti akan merasai pengalaman seperti benar-benar memandu kapal terbang! Bon voyage!
Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam, setiap hari
Alamat: ?168 Jalan Bukit Bintang, ?Level 2, Pavilion Mall, Kuala Lumpur 55100, Malaysia
Tel: +603 – 2110 1628
Stars Archery
Memanah merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW. Bagi ibu bapa yang ingin meluangkan masa sambil mendidik anak-anak mengikut sunnah memanah, Stars Archery merupakan tempat terbaik untuk berbuat demikian. Mempunyai 7 cawangan di Sunway Pyramid, Berjaya Times Square dan Aeon AU2 Setiawangsa, ianya turut menganjurkan pertandingan memanah dan kursus yang sesuai untuk pemula, profesional, dan semua orang di antaranya.
Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam, setiap hari
Alamat: 05-95C, 05-95D, Berjaya Times Square, No.1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Tel: +603 – 2144 1302
Jump Street
Mempunyai tiga cawangan di Malaysia, di Petaling Jaya, Johor Bahru serta Pulau Pinang taman tema ini merupakan taman trampolin pertama di Malaysia. Jump Street menawarkan beratus-ratus trampolin yang saling berkaitan untuk keseronokan anda yang melompat, serta tarikan lain seperti pit buih, Beg Udara Gergasi dan gelanggang dodgeball. Jadi, bagi ibu bapa yang ingin melompat bersama anak-anak anda, Jump Street memang sesuai untuk anda sekeluarga.
Waktu operasi: 10 pagi – 9 malam, Ahad hingga Khamis, 10 pagi – 10 malam, Jumaat dan Sabtu
Alamat: No 8A, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel: +603 – 7969 1051
Xero Gravity Rock Gym
Anak anda bercita- cita untuk menjadi seorang pendaki Gunung Everest? Mungkin anda boleh hidupkan impian anak anda dengan berkunjung ke taman tema lasak, Xero Gravity Rock Gym. Selain menyediakan Wall Climbing, ianya turut menyediakan kelas asas memanjat dan harga potongan untuk pelajar. Bukan itu saja, taman ini juga menyediakan kolam renang, gelanggang futsal dan pelbagai lagi.
Waktu operasi: 12 tengah hari – 11 malam pada hari biasa, 10 pagi – 8 malam pada hujung minggu dan cuti umum.
Alamat: Level 9, PJX HM-SHAH Tower, No. 16A Persiaran Barat, Section 52, Petaling Jaya, 46050 Selangor
Tel: +603 – 7611 0381
Lockdown KL
Bermula dari Singapura, Lockdown KL membuka pintunya pada tahun 2015 dan sangat sesuai untuk seisi keluarga yang ingin mencuba teka-teki mencabar minda. Permainan yang sangat memerlukan pemikiran yang kritis ini mempunyai pelbagai ruang bertema yang berbeza, bagus untuk anda dan anak-anak bersatu dan mencabar diri sendiri dalam menyelesaikan misteri serta melarikan diri!
Waktu operasi: 10 pagi sehingga 10 malam, setiap hari
Alamat: T19, Level 3, Lot 10 Shopping Centre, 50 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Boarders Tabletop Games Café
Jika anak-anak anda tidak suka melakukan aktiviti lasak, anda boleh membawa anak anda ke kafe permainan papan seperti, Boarders Tabletop Games Café ini. Kafe yang selesa ini mempunyai lebih daripada 150 permainan papan yang boleh dimainkan oleh para pelanggan, dari permainan klasik seperti Monopoli sehinggalah permainan yang lebih baru seperti Catan. Sudah tentu, mereka juga mempunyai pilihan makanan dan minuman untuk anak-anak anda makan sambil bermain permainan papan tersebut.
Waktu operasi: 3 petang – lewat malam, Ahad hingga Khamis, 3 petang – 1 pagi pada Jumaat dan Sabtu.
Alamat: 6 Jalan 1/27B, Wangsa Maju, 53300 Setapak Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +603 – 4144 2387
Sumber: Discover KL
0 comments :
Post a Comment