Bekas ahli kumpulan nasyid UNIC, Fitri Haris disifatkan sebagai tidak menghormati ahli kumpulan itu selepas dia dikatakan masih menyanyi lagu-lagu nyanyian kumpulan itu dalam persembahannya. Bagaimanapun, komposer kebanyakan lagu UNIC, kumpulan Hijjaz tidak melarang tindakan Fitri itu.
Fitri kemudiannya membuat kenyataan berkenaan isu itu setelah beberapa hari mendiamkan diri yang menurutnya masa diperlukan untuk mencari saluran dan waktu sesuai.
Bukan gimik
Menurut Fitri, kemelut yang melanda bukanlah satu teknik untuk memasarkan produk terbaru dalam usaha melariskannya.
Saya tegaskan isu yang berlaku antara saya dan UNIC bukan gimik untuk melariskan sesuatu projek saya. Itu bukan cara saya.
Tindakannya mendiamkan diri bukan bermaksud dia mahu melarikan diri dari masalah yang tercetus namun dia hanya mencari masa dan medium terbaik untuk berbuat demikian.
Saya berdiam bukan kerana saya melarikan diri. Namun saya mencari saluran dan waktu sesuai. Pihak pengurusan saya bertanggungjawab sepenuhnya menasihati dan melakukan sebarang tindakan demi kebaikan semua pihak.
Akan jawab dalam masa terdekat
Tambah ahli asal kumpulan UNIC ini lagi, buat masa ini pihaknya tidak akan menjawab persoalan yang diutarakan mana-mana pihak dan akan berbuat demikian dalam masa terdekat.
Saya hanya akan menjawab segala persoalan dalam masa terdekat (lebih kurang 10 hari dari tarikh hari ini) melalui saluran yang betul dan segala proses selesai.
Fitri juga meminta maaf supaya diberi ruang untuknya memberikan sepenuh perhatian peringkat doktor falsafah (PhD) yang disifatkan berada di tahap kritikal ketika ini.
Sumber: Fitri Haris
0 comments :
Post a Comment