Seorang lelaki maut manakala rakan cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh kereta jenis Perodua Myvi. Kereta tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan kanan jalan. Ketika kejadian, mangsa bersama 17 rakannya berkonvoi dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang, untuk pulang ke Kota Bharu, Kelantan.
Di Facebook, bekas isteri mangsa meluahkan rasa sayu melihat anak kehilangan bapa kandung seawal usia. Seakan sudah mengerti, anak sulungnya berkata bapa sedang menunggu di syurga.
Perginya insan terpenting dalam hidup anak-anakku
Gambar selfie arwah yang terakhir
Hari yang penuh dengan kesedihan buat kami sekeluarga. Perginya seorang insan yang terpenting di dalam hidup anak-anakku. 29/9/18 papa kesayangan mereka telah pergi menghadap ilahi buat selamanya. Papa yang selalu manjakan mereka, mengikut setiap kerenah anak kesayangannya, bawak beli coklat, bawak naik moto petang-petang round pantai, bawak mandi kolam semua, kini telah tiada. Mama harap anak-anak mama kuat, lebih-lebih lagi kakak Allah. Kakak dan adik kembar dah kehilangan papa buat selamanya tapi Allah tu Maha penyayang, DIA hadirkn abiey untuk kakak dan adik-adik. DIA hadirkan seorang ayah yang penyayang untuk kalian supaya kalian boleh menumpang kasih sayang seorang ayah. Masih ramai yang sayangkn kakak dan adik-adik. Umi, Tok Ayah, Mok, Atuk, ibu, Abiey, ma chik, pok su syamil, ayh chick, che mas, ayh long, che long, che su, ayh su dan ramai lagi. Kakak dan adik kena kuat. Jangan nangis sokmo2, nanti jatuh skit
Atuk dan kakak, penguat semangat kakak
Kakak: Mama, papa tunggu kita kat syurga kan
Mama: Ye kakak, kakak kena doa banyak2 untuk papa
Adik kembar: Diam seribu bahasa, menangis sambil memeluk teddy bear
Adik kembar (batrisya): Awk2, papa saya takdok dh, papa awk ada lg dok? (ckp dgn teddy bear dia)
Allah, sayu hati mama dik
Arwah memang seorang yg baik, takde cacat celanya, tiada penggantinya tapi Tuhan sayangkn dia, semoga rohnya dccuri rahmat, semoga arwah tenang disana dan semoga arwah tergolong di kalangan org yg beriman.
Maut dirempuh kereta
Dan tolong pada sesiapa saja, yg nak komen buruk2 pasal arwah, yg tak tahu apa2, yg sengaja nk sindir arwah, tolong ye, jaga hati dan perasaan ahli keluarga arwah termasuk sy dan anak2. Tolong ye, jangan keterlaluan sehingga membuatkn sy akan jumpa kalian depan2!! Ni bkn cakap kosong ye! Jangan cabar emosi seseorang! Jangan bercakap ikut sedap mulut, mencanang aib orang sampaikn lupa aib sndiri! Tolong ye. Jangan sampai sy ambil tindakan. Kami semua dalam keadaan bersedih lagi. Tolong fikir, klaula keadaan macam ni terjadi di antara ahli keluarga kalian, apa perasaan kalian ye???? Kalau terkena dekat laki kalian or adk beradik lelaki or ayah kalian, apa perasaan kalian ye?!!! Tolong la…. Tolong! Jaga mulut dan lidah kalian!
Arwah dirempuh oleh kereta myvi, beliau bukan mat rempit! bukan kaki motor macam yg orang duk cakap tu! Tolong la kalau tak kenal arwah, jangan suka cakap sembang!! Arwah seorang yg baik!!! Org yg kenal dia, je yg tahu sgalanya!
Maaf kerana teremosi….
Sy minta, sahabat2 or kenalan sy, sama2 kita sedekahkn al fatihah buat Mohd Rusmin bin Ibrahim, Papa kepada anak2 sy. Semoga beliau tenang di sana dan ditempatkn di kalangan org yg beriman. Amin2
Abg, Khalis Yusri ( abiy yg sekarang, ayah yg dikurniakan oleh Allah S.W.T utk kakak n adik2) terima kasih utk segalnya… Terima kasih kerana selalu ada dsisi ank2, yg selalu bagi kata semangat utk kakak dan adik2. Terima ksh juga kerana menjadi abiey yg terbaik utk anka2
( 19 ogos 1982- 29 sept 2018)
Mohd Rusmin Ibrahim dalam kenangan (Papa)
Sumber : Mimi Yus Bridal Full
0 comments :
Post a Comment