Siapa tidak kenal penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew yang sering berkongsi nasihat dan motivasi di laman sosial miliknya. Memiliki tutur kata yang lembut, Ustaz Ebit diakui senang didampingi.
Terbaru, beliau memberitahu telinga kanannya sudah beberapa hari tidak dapat mendengar dengan baik. Jadi, Ustaz Ebit memohon agar didoakan kesihatannya kembali pulih seperti sedia kala.
Ujian kerana Allah sayang
Allahuakbar.. Ujian hari ini. Telinga kanan tak dengar tapi rasa pening macam gempa bumi dari pagi tadi. 2 hari beri kursus kementerian kesihatan dapat ceramah sehari jer. Hari ini rasa macam gempa bumi kepala. Rasa bergegar jer. Makin kuat pagi tadi. Terus ke hospital. Dah 4 hari telinga kanan tak dengar langsung.
Saya doakan Allah bantu dan beri kekuatan pada saudara negara jiran Palu Sulawesi kita yang ditimpa tsunami. 2 pekan macam hilang. Allahuakbar bantulah dan berilah kekuatan pada semua ahli keluarga yang tinggal. Yang telah pergi sayangi dan ampunilah mereka semua. Mereka semua saudara kami ya Allah… Sayangi dan ampunilah kami semua. Sebak sangat rasa.
Pohon doa semua yer. Ujian kerana Allah sayang. Allah nak beri sesuatu yang lebih baik. Saya pohon maaf kepada ceramah hari ini dan esok. Mungkin 3 hari di hospital untuk rawatan susulan. InsyaAllah sempat mengendalikan program transformasi untuk kakitangan kementerian belia dan sukan minggu ini 3hari 2malam ke kg asli.
Ceramah beberapa hari saya tak boleh agak suara kuat ke perlahan kerana telinga kanan dah tak dengar. Terasa benar nikmat telinga ini. Allahuakbar. Terima kaseh Allah nikmat selama 34 tahun ini. Syukur padaMu ya Allah. Terima kaseh ya Allah.. Syukur segalanya-ebitlew
Saya minta maaf pada semua
Dengan rendah hati pohon doa semua yer. Allah uji dan beri sesuatu kerana dia sayang. Telinga sebelah kanan saya dah tak dengar apa-apa. Mula-mula tahu rasa sebak sangat. Bila Dr kata mungkin sebab saraf setelah diperiksa.
Rasa nak menangis sebab masa nak peluk orang masa ceramah tiba-tiba rasa kurang stabil. Dan bila ceramah saya dah tak boleh agak suara saya kuat ke perlahan. Tapi syukur kerana saya cuma rasa cakap pada hati saya sendiri. Syukur ada sebelah lagi boleh dengar.
Ujian kerana kasih sayang Allah. Dah lama dia beri pelbagai nikmat. Bila hilang nikmat ni terasa sayu sangat.
Disebalik ujian ada rahmat Allah. Itulah saya harapkan keampunan Allah atas segala dosa. Rupanya hilang satu nikmat ini saya semakin peka pada sekeliling. Saya belajar melihat semuanya dengan mata dan belajar merasainya.
Buat semua sahabat pohon doakan saya yer. Dengan rendah diri saya minta maaf pada semua yer semua kesalahan dan dosa saya. Saya cuma insan yang lemah dan berdosa. Saya doakan semua sihat dan bahagia dunia dan akhirat..-ebitlew
Sumber : Ebit Lew
0 comments :
Post a Comment