Kos untuk ujian komputer lesen memandu akan diturunkan kepada RM20 daripada RM27, bermula 1 Januari tahun hadapan. Penerunan kos tersebut sedikit sebanyak memudahkan mereka yang ingin memiliki lesen memandu.
Liberalisasikan sistem
Menerusi Mstar, Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke berkata, kos RM7 yang dikurangkan berikutan meliberisasikan sistem sekarang yang dikendalikan 3 syarikat. Menurut beliau lagi, terdapat kira-kira 150 institusi memandu dengan penarafan tiga bintang dan ke atas, berdasarkan kaji selidik 2017.
Kita telah memutuskan untuk membuka ujian berkomputer kepada semua semua institut memandu dengan penggredan tiga bintang dan ke atas, yang menepati kriteria
Mudah untuk diakses
Tambahnya lagi, polisi baru ini dijangka tidak akan menjejaskan sebanyak 105 pusat pemeriksaan di bawah e-servis menerusi MyEG, KOMMS dan Myspeed yang menawarkan ujian komputer terbabit.
Di bawah sistem baharu ini, kita menjangkakan kira-kira 200 pusat pemeriksaan di seluruh negara, yang akan menjadikan ujian memandu lebih mudah akses untuk orang awam.
Sumber: Mstar
0 comments :
Post a Comment