Nescafe Sambut Ulang Tahun Ke-80

Bersempena Hari Kopi Sedunia, minuman kegemaran peminum kopi Malaysia, NESCAFÉ telah meraikan ulang tahun ke-80. Syarikat tersebut memulakan sambutan ulang tahun dengan kempen ‘Jom Sama-Sama Raikan Hari Kopi Sedunia dengan NESCAFÉ’.

Roadshow di Semenanjung Malaysia

NESCAFÉ meraikan Bulan Kopi Sedunia dengan memulakan roadshow pertama di Sunway Pyramid. Pelbagai aktiviti menarik seperti Cabaran Puisi Laju, Putar & Menang dan lain-lain serta pelbagai sampel minuman NESCAFÉ disediakan pada roadshow mereka.

NESCAFÉ akan turut mengadakan roadshow di Queensbay Mall, Pulau Pinang dari 4 sehingga 7 Oktober dan Tebrau City, Johor Bahru dari 25 – 28 Oktober, bagi berkongsi kegembiraan merayakan ulang tahun mereka.

Othman Chraibi, Pegawai Eksekutif Perniagaan NESCAFÉ berkata anjuran kempen tersebut adalah untuk meraikan dan memperingatkan saat-saat indah bersama NESCAFÉ.

Kami telah berusaha membina jenama kopi yang terbesar di dunia, terutama sekali di Malaysia.

Kami Amat berbangga dengan hakikat bahawa selama 80 tahu, NESCAFÉ sentiasa mencipta inovasi untuk menghidangkan secawan kopi terbaik kepada semua rakyat Malaysia, dalam cara yang paling digemari mereka.

Terus kekal releven

Tambah beliau lagi, NESCAFÉ sentiasa mencipta pelbagai inovasi untuk terus kekal relevan kepada keperluan dan gaya hidup pengguna yang sentiasa berubah.

Oleh itu, ulang tahun ke-80 kami adalah satu perayaan warisan sejarah NESCAFÉ bersama rakyat Malaysia sejak sekian lama.

Bulan Kopi Sedunia adalah untuk memperingati hubungan dan detik-detik indah bersama, tidak kira tua atau muda.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment