Rawat Kulit Kepala Gatal Dengan Petua Mudah Ini

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah ini antaranya kelemumur, kulit kering, dermatitis dan penyakit kulit lain yang mungkin memerlukan rawatan perubatan. Mencari syampu yang sesuai mungkin agak sukar kerana tidak semua syampu yang ada di pasaran sesuai dengan kulit kepala anda. Anda boleh cuba petua mudah yang Jelita kongsikan ini untuk merawat kulit kepala gatal.

kulit kepala gatal

Gambar: Shutterstock

Cuka Epal

Penggunaan syampu, perapi dan produk rambut yang lain dengan kerap boleh menyebabkan pembentukan sisa kimia. Asid asetik yang terdapat dalam cuka sari epal (ACV) boleh membantu melawan sisa kimia sementara ciri antibakteria dan antifungus membantu untuk menjadikan kulit sihat dan bersih. Untuk membuat air bilas rambut, campurkan dua hingga empat sudu besar ACV (gunakan cuka epal organik) dengan satu cawan air suam. Urutkan campuran ini ke kulit kepala selepas mencuci rambut dan biarkan selama beberapa minit sebelum bilas dengan air.

Aloe Vera

Kulit kering adalah salah satu faktor yang boleh membuatkan kulit kepala anda rasa gatal. Aloe vera atau lidah buaya bertindak sebagai pelembap semula jadi dan mempunyai ciri antimikrob dan ia juga menenangkan. Sapukan gel dari dau Aloe Vera ke kulit kepala anda, biarkan ia selama 20 minit dan basuk kepala anda dengan air suam. Lakukan spa rambut ini sebanyak dua kali seminggu sehingga anda melihat hasilnya.

Minyak Tea Tree

Minyak tea tree mempunyai ciri anti radang dan anti mikrob yang sangat kuat dan ia dapat memerangi rasa gatal dengan berkesan. Ia juga dapat memerangi virus dan kulat yang boleh menyebabkan kelemumur dan kulit kepala gatal. Tambah beberapa titisan minyak tea tree ke dalam syampu semula jadi kegemaran anda dan gunakan ia secara kerap sehingga keadaan kulit kepala anda bertambah baik.

Madu Asli

Madu mentah adalah produk semula jadi dengan sifat anti mikron yang kuat dan ia juga kaya dengan vitamin B2 dan B5 yang dapat membantu menenangkan radang kulit. Untuk membuat masker DIY, campurkan sembilan bahagian madu mentah dengan satu bahagian air suam. Basuh rambut anda dan ketika ia masih lembap, urutkan masker ke kulit kepala selama dua hingga tiga minit. Balut kepala dengan tuala dan biarkan ia selama tiga jam sebelum basuh dengan air.

Minyak Zaitun

Urutkan sedikit minyak zaitun ke kulit kepala anda, tutup kepala dengan topi mandi dan biarkan selama empat hingga enam jam atau semalaman. Basuh rambut menggunakan syampu organik. Kaedah ini dapat menenangkan kulit kepala gatal, melembapkan dan menyuburkan kulit.

Avokado dan Pisang

Lenyek dan campurkan dua pisang dan satu avokado dan gosokkan campuran di kulit kepala anda. Biarkan ia selama 30 minit kemudian bilas dengan air. Selain daripada membantu memerangi kulit kepala gatal, ia juga boleh meningkatkan pertumbuhan rambut, menjadikan rambut anda berkilat dan berbau harum sepanjang hari.

Urutan

Berus secara berkala dan urut kulit kepala anda dalam gerakan bulat secara lembut. Ini akan membantu mempercepatkan aliran darah, mengeluarkan sel kulit kering dan merangsang akar rambut. Anda digalakkan untuk menyikat rambut sebelum dicuci untuk menghilangkan sel mati dan mempersiapkan kulit kepala anda untuk pembersihan

Bersihkan Sikat Rambut

Masalah kulit kepala gatal boleh juga dikaitkan dengan kebersihan diri. Elakkan daripada berkongsi berus rambut dan sikat dengan orang lain dan pastikan anda sentiasa membersihkan barangan ini untuk memastikan tiada bakteria yang boleh menyerang rambut dan kulit anda.

Bersenam

Aktiviti fizikal boleh meningkatkan aliran darah dan ini bermakna sel dalam tubuh badan anda akan menerima banyak elemen penting termasuk oksigen. Peredaran darah yang lancar dapat mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan kulit kepala gatal.

The post Rawat Kulit Kepala Gatal Dengan Petua Mudah Ini appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment