Pengaruh Stail Hip-Hop MCM

Teks : Razin Mohd

 

Fesyen dan muzik adalah dua perkara yang berkait rapat hingga ke hari ini, pengaruh darinya sentiasa berkembang dan membentuk satu generasi fesyen baharu yang unik. Hari ini MCM hadir dengan koleksi musim luruh/dingin 2018 dalam tema Hip-hop serba urban dalam cetakan monogram.

 

 

 

Meneraju fesyen semasa hari ini kebanyakan jenama mewah sudah berani untuk membariskan koleksi bernadikan gaya jalanan. Diinspirasikan dari latar belakang hip-hop, MCM hamparkan koleksi terbaru musim ini dengan DJ tekno dan bintang media sosial berpengaruh Sita Abellan juga penyanyi rap/penerbit Rich the Kid. Kempen hasil rakaman Thomas Lohr ini meraikan nilai kreativiti buat generasi baharu.

 

 

Sempena koleksi bahari dari MCM, EH! terpanggil untuk menyenaraikan empat koleksi aksesori pilihan yang menarik perhatian kami. Koleksi playful dan menarik perhatian ini kini boleh didapati di mana-mana butik MCM di The Gardens juga Pavilion Kuala Lumpur!

 

 

4 AKSESORI PILIHAN EH!

1. Trio Stark Backpack Medium

 

 

 

Istimewa beg ini adalah ia tampil dengan tiga cara penggayaan, dengannya anda boleh  gayakannya sebagai beg kepit, galas dan sandang.

The post Pengaruh Stail Hip-Hop MCM appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment