‘Ini Bukan Ubat Lagi Tapi Umpama Mendera’ – Derita Mahu ‘Rawat’ Cagu

Gara-gara ingin memulihkan penyakit cagu di bahagian kaki, seorang anggota tentera berusia 20 tahun terpaksa menanggung derita apabila bahagian kakinya itu melecur teruk dan kulit mengelupas. Menurut laporan, seorang jurulatih dan anggota senior didakwa memaksa mangsa untuk meletakkan kaki ke dalam sebuah baldi berisi air panas dan garam bagi merawat penyakit cagu itu.

Mangsa Syed Mohamad Naim terpaksa dikejarkan ke Hospital Batu Gajah selepas mendapati kulit kakinya mengelupas dan berdarah. Bagaimanapun, bapa mangsa nekad mahu anaknya keluar dari berkhidmat sebagai anggota tentera jika diperlakukan sebegitu.

Dipaksa celup ke dalam air panas

Mangsa yang baru saja berkhidmat selama 7 bulan di kem itu terpaksa menjalani pembedahan membuang kulit dan daging pada kedua-dua bahagian kaki yang rosak. Kedua kakinya itu melecur teruk sejurus direndam dalam baldi yang mengandungi air panas dicampur garam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Gajah Superintendan Tan Boon Hooi memaklumkan pihak polis telah menerima maklumat kejadian dari bapa mangsa dan mangsa dirawat di Hospital Kuala Kangsar.

Anaknya memberitahu kedua-dua kakinya dipaksa dicelup ke dalam air panas dalam sebuah baldi oleh jurulatihnya serta dibantu seorang anggota tentera lain. 

Mangsa dikatakan bersetuju pada mulanya kerana mempercayai jurulatih terbabit yang sudah menyediakan baldi mengandungi air panas bercampur garam. Jurulatih terbabit dipercayai mengarahkan mangsa mencelup kedua kakinya ke dalam baldi berkenaan tetapi mangsa menolak kerana dapat merasakan air itu terlalu panas dan akan merasa sakit serta pedih.

Mangsa diarah beberapa kali untuk merendam kaki dalam baldi berkenaan namun enggan sebelum jurulatihnya dipercayai secara paksa dengan dibantu seorang lagi anggota tentera bertindak memegang kaki mangsa dan mencelupkannya ke dalam baldi berisi air panas itu.

Nak keluarkan anak dari tentera

Sementara itu, bapa mangsa, Syed Mohd Nadzri berkata persetujuan dan keputusan itu bukan atas kerelaan anaknya. Mangsa terpaksa membuat keputusan kerana kejadian itu berlaku dalam sebuah kem tentera.

Saya nak keluarkan anak saya dari tentera, walaupun dia masih ada hati untuk terus berkhidmat namun saya kalau boleh memang tidak mahu lagi dia berkhidmat sebagai anggota tentera jika begini dia diperlakukan.

Laporan polis juga sudah dibuat dan saya juga melantik peguam kerana mahukan keadilan serta pembelaan terhadap anak saya.

Bagaimanapun, pada mulanya, dia hanya menyangka mangsa mengalami kecederaan ringan saja dan dia terkejut apabila melihat kulit kaki anaknya itu sudah tertanggal ke bahagian betis.

Kalau kata untuk ubati penyakit cagu, mesti kaki smpai ke buku lali sahaja di rendam, tetapi kenapa sampai ke bahagian betis direndam, ini bukan ubat lagi tetapi umpama mendera anak saya tambahan pula mereka itu bukan ada tauliah untuk mengubati orang.

Anak saya pada mulanya tidak mahu memberitahu apa yang berlaku kepadanya sehingga saya memaksanya dan akhirnya dua minggu selepas kejadian baru dia memberitahu diperlakukan seperti itu.

Saya serah sepenuhnya siasatan kepada pihak polis dan berharap anaknya diberikan pembelaan sewajarnya memandangkan tindakan dilakukan itu tidak seharusnya berlaku.

Mangsa terpaksa menjalani dua kali pembedahan tinggal di wad lebih lama memandangkan dia perlu menjalani fisioterapi untuk membantu mangsa berjalan semula seperti dahulu.

Sumber: Metro

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment