Didakwa atas kesalahan menjual barangan tiruan, seorang wanita di Facebook kongsi pengalaman ditahan polis Singapura. Wanita yang berasal dari Johor Bahru itu masuk ke Singapura untuk menjual barangan di ekspo ditangkap selepas polis menerima laporan orang awam.
Sehingga kini, dia tidak dibenarkan pulang ke Malaysia sehinggalah kes selesai dibicara.
Ditahan atas kesalahan perniagaan
Kronologi kes
As Salam semua. Saya sabrina. Terlebih dahulu Sab nak ucapkan jutaan Terima Kasih di atas segala sokongan dan nasihat dari semua walaupun Sab ada yang kenal atau tidak. Sab dengan rendah hati ingin memohon doa semua dan bantuan apa yang anda boleh berikan pada Sab. Sab merupakan seorang rakyat Malaysia yang kini ditahan di Singapore atas kesalahan perniagaan dari 1 Jun 2018 hingga kini. Di sini
Sab share macam mana sab lalui perkara ni. Sab berniaga di big box dah hampir 2 minggu di sana. Sab share booth bersama 2-3 orang yang lain untuk menampung kos sewa booth.
Hari Rabu 30/5 semasa berbuka, Sab dapat call dari suami kawan Sab mengatakan barang-barang Sab telah diambil oleh polis dan kawan Sab ditahan di balai polis. Sab berada di JB ketika itu. Pada hari khamis 31/5 Sab masuk ke singapore untuk berjumpa dengan kawan dan bertanya bagaimana keadaannya dan perlu ke Sab buat apa-apa atau tindakan tentang perkara ni. Dia just inform Alhamdulillah tak ada apa2 yang perlu di risaukan cuma barang memang tak dapat balik je. So Sab ckp tak pe la mungkin takde rezeki tentang barang-barang tu dan Sab bagitau gak Alhamdulillah dia tak kena apa-apa hukuman.
Pasa hari Jumaat 1/6 Sab masuk semula ke Singapore lebih kurang pukul 3 petang, memang lewat sebab hari tu kerana anak yang kecik tak sihat & tak nak berenggang dengan Sab. Sebelum masuk kawan Sab asyik mesej dan call tanya bila nak datang ke big box untuk ambil semua barang-barang Sab untuk di bawa pulang. Pada mulanya pelik juga kenapa Sab kena ambil barang-barang sedangkan yang tinggal kat sana cume display item (rak, baju dan kasut yg tak ada kaitan).
Sab sampai je di kastam Singapore kawan mesej & tanya lagi bila nak smpai sebab katanya management mall dah bising suruh ambil barang-barang Sab. Lebih kurang pukul 4 petang Sab sampai di big box, Sab baru jejakkan kaki ke booth terus Sab didatangi oleh 2 orang pegawai polis ICA seorang lelaki & seorang perempuan. Mereka bagitau Sab kena ikut mereka untuk kes siasatan, mereka bgtau tak nk gari Sab sebab tak nak malukn Sab. Kemudian mereka minta passport & IC Sab. Mereka check kereta Sab, tapi di kereta tak ada apa2 barang mereka jumpa, kemudian mereka bawa Sab ke Singapore expo untuk check booth Sab kat sana ada lagi barang atau apa-apa. Tapi takde apa2 bukti atau barang yang mereka cari di sana.
Dalam kereta mereka bgtau Sab kena ikut mereka ke balai untuk di soal siasat dan bagitau Sab memang tak boleh balik ke Malaysia hingga kes siasatan selesai nanti. Sab kena duduk di Singapore lebih kurang 1-3 bulan paling cepat. Hanya Allah je yang tau perasaan Sab ketika itu, Sab fikir anak2 je dalam kepala ni. Sebab yang kecik menyusu badan tak pernah Sab tinggalkn lebih 1 hari. Ni pula nak tinggalkan berbulan dan fikir kat mana Sab nk tinggal. Sab smpai balai lebih kurang pukul 6 petang & terus Sab di soal siasat.
Dalam soal siasat Sab bagitau dengan mereka Sab bawa masuk barang-barang semua declare melalui kastam dan bayar tax, Sab bagitau mereka kalau tak boleh mesti tak dibenarkan untuk di bawa masuk. Kemudian dah 2 minggu Sab berniaga di big box, pihak organizer dan pihak mall tak ada datang tegur atau warning jangan jual. Sab bagitau mereka juga Sab tak tahu undang-undang kat Singapore macam mana. Sab nampak orang lain jual so ingat biasa tak ada apa-apa.
Ketika soal siasat polis sendiri cakap kawan awak tak ada bgtau apa-apa ke at least kalau Sab tak pergi ke big box atau tak masuk Singapore selepas hari kejadian rampasan barang memang Sab tak kena apa-apa, sebab mereka tak ada details Sab sehingga hari tangkapan tu. Polis bagitau kawan Sab yang beri maklumat Sab akan datang big box pada hari tangkapan dan Sab ada booth lain di singapore expo. Polis terpaksa tahan Sab sebab tugas dia, tapi dia pon ckp at least kawan u bagitau tak payah datang lagi.
Cuba minta bantuan
Tidak dibenarkan pulang
Semasa di tahan Sab boleh keluar tapi kena ada penjamin rakyat Singapore. Husband puas call & mesej cari penjamin tapi ye la Sab mana kenal rapat dengan orang kat Singapore setakat kawan-kawan biasa saje. Lama juga cari tapi sorang pon tak nak & tak mampu nak jamin Sab. Polis ada call rakan kongsi booth minta dia ikat jamin Sab, dia tak nak jamin sampaikn polis tu cakap is this call friend.
Akhir sekali polis cakap Sab boleh kuar atas jaminan polis tapi Sab kena lalui proses gari masuk lokap semua. YA Allah seumur hidup memang tak pernah lalui bila kena gari, duduk dalam lokap sampaikan masa nak duduk lokap tak boleh berhijab dia suruh buka. Allahuakbar nak tak nak mmg kena ikut arahan mereka Sab takut sangat masa tu. Semasa di tahan, suami Sab sendiri jumpa merayu pegawai polis tu minta ditukarkan tempat dengan Sab sebab fikirkn anak-anak. Tapo polis tak bagi. Lebih kurang pukul 1 pagi Sab dapat keluar dari balai selepas lalui semua proses tu.
Ya Allah masa lepas keluar dari situ tak tau macam mana nak bagitau family Sab yang tak boleh balik JB sebab ayah Sab sakit jantung, Sab bagitau adik minta adik bagitau perlahan-lahan ayah dan minta mak tengokkan anak yang kecik dulu. Sab ada 3 orang anak semuanya perempuan yang sulung 9tahun, kedua 5 tahun dan yang kecik 1 tahun lebih(menyusu badan). Selepas keluar, Sab tak tau arah tuju nak kemana Alhamdulillah Sab call seorang kakak kenalan dari Malaysia kebetulan dia ada di Singapore & berjumpa dengan dia.
Sab terus terang Sab bukan dari keluarga yang senang. Sab & husband berniaga sama-sama. Tujuaan memang nak cari rezeki. Umpama apa kita berniaga tu, itulah rezeki kami sekeluarga. Dalam poket kami cash sgd memang tak banyak, fikirkan nak ke mana & buat apa. Alhamdulillah seorang hamba Allah tolong Sab hulurkan bantuan untuk Sab stay di hotel budget. Hari Sabtu Sab cuba usaha berniaga di expo tapi masa malam lepas berbuka Sab mula sakit (bengkak susu).
Dalam kol 2 pagi husband balik JB amik anak yang kecik, lagi 2 orang menangis nk ikut tapi nak buat macam mana. Alhamdullilah syukur sangat-sangat pagi tu dalam kol 7 lebih dapat jumpa anak dan menyusukan dia, hati ni tak terluah bersyukur sangat sebab dapat lagi menyusukn dia. Kemudian pada hari Isnin Sab cuba berusaha pergi ke kedutaan Malaysia, minta bantuan dan minta pandangan apa yang perlu Sab lakukan serta bantuan tempat tinggal jika ada. Tapi hampa mereka kata mereka tak boleh tolong, mereka hanya mampu callkan polis tersebut untuk percepatkan kes sahaja. Tentang tempat tinggal mereka suggest backpackers sahaja.
Sejak dari hari tu Sab cuba cari rumah atau bilik yang murah untuk disewakan. Tapi rata-rata yang nak sewakan bilik tak nak ada kanak-kanak. Paling tidak couple je boleh. Sebab tu keadaan jadi susah tentang tempat tinggal. Nak sewa rumah masih tak mampu. Paling murah ada yang nak bagi sewa $1500. Hari demi hari Alhamdulillah ada kawan membantu, ada yang bagi tumpang letak barang untuk dijualkan asalkan ada juga hasil pencarian untuk tampung hotel kat sini. Sab setakat ni mampu bayar hari-hari je dekat hotel. Apa yang ada itulah yang Sab bayar. Makan untuk berbuka Alhamdulillah hari-hari ada yang sedekahkan.
Syukur Alhamdulillah dapat kawan-kawan sama ada kenal atau tak yang sudi membantu Sab. Sab tak minta apa Sab minta doa dari semua. 14hb Jun 11 pagi Sab kena datang balai polis semula, pada masa tu memang berharap dapat balik passport tapi hampa sangat katanya tal boleh. Ya Allah esok raya anak-anak lagi dua kat JB, jauh dari keluarga kat mana nak pergi, nak duduk? YA Allah sebak sangat bila terkenang macam ni.
Alhamdulillah sekali lagi ada hamba Allah beri tumpang tinggal di rumahnya, tapi kita ni menumpang ada anak lagi tak lama juga Sab dapat tumpang dan Sab terpaksa pindah duduk di hotel semula. Alhamdulillah suami sentiasa meneman Sab dan ank kecil ni, hampir 1 bulan lebih Sab duduk di hotel kesemua saving dan apa yang ada terpaksa pakai, masa duduk di hotel kami terpaksa ikat perut, apa yang ada makan pon berkongsi 3 suami, anak. Ada ketika sab dapat bantuan makanan dari kawan dari Malaysia yang datang ke Singapore, alhamdulillah.
Hari demi hari tunggu masih tiada jawapannya. Sab dah tak mampu duduk di hotel lagi, Sab cuba duduk di sebuah tempat yang ni, Alhamdulillah tuan rumah benarkan bawa anak bersama tinggal dengan kadar sebulan sewanya $600 itu tidak termasuk elektrik. Sab tak mampu bayar sewa lagi sekarang, ni pun atas belas kasihan tuan rumah sab dapat membayar ansur-ansur. Apa ada Sab bayar. Selama Sab di Singapore Sab tidak dibenarkan bekerja mahupun berniaga. Di tambah pula sekarang Sab terpaksa berpisah dengan anak yamg kecil. Kerana sab terpaksa kerap ke balai. Pihak polis tidak benarkn Sab bawa dia ke sana.
YA ALLAH.. Sab dah mula berjauhan & bercerai susu buat sementara ni. Family Sab (ayah dan mak, adik Sab) membantu jaga mereka bertiga tapi tau kan. Ayah dan mak Sab bukan la kuat dan sihat sangat risau anak-anak dekat sana. Kadangkala anak lagi 2 org datang berjumpa dengan Sab. Pada 20/8 suami dan anak-anak pulang ke JB kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Kebetulan 22/8 aidil adha Sab teringin juga makan makanan mak mertua dan ayah. Suami masuk ke Singapore dengan menaiki bas akan tetapi suami pula di tahan di kastam, katanya dia sudah melebihi had tempoh masuk ke Singapore dalam masa 3 bulan. Suami merayu katanya dapat hantar makanan dan malam balik pun dia tak benarkan.
Lagi sekali Ya Allah dugaan aidil adha Sab sorang-sorang kat Singapore, perut kosong menunggu suami hingga ke petang sebab lama juga suami di tahan. Akhirnya suami di hantar balik ke JB semula. Pada masa tu Sab beralaskan perut makan maggie je pada aidiladha. Kesunyian rindu anak2 masih tak boleh dibendung lagi. Anak Sab yang sulung tak sihat & beberapa kali terpaksa ke klinik kerana asthma. Yg no. 2 asyik demam. Anak yang kecil mak bagitau langsung takde selera nk makan atau minum susu. Apa yang Sab buat selalu dari jauh ni hanya video call dengan anak2. Ibu mana yg kuat bila tau keadaan anak2 macam tu. Sab cukup terseksa dengan keadaan mcmni. Kadang kala tidak boleh nak tipu diri, setiap kali anak tanya bila mama nak balik. Tapi bila solat Sab berdoa harap di beri kekuatan tabah tempuh dugaan ni. Pihak keluarga ada cuba meminta bantuan pihak adun dan pihak adun telah melanjutkan sehingga ke Kementerian Luar Ngeri tentang kes Sab. Tetapi hampa, apabila tanya update mereka maklumkan maaf tiada bantuan yang boleh diberikan.
Pada 24/10 hukuman akan dijatuhkan
Sab cuba lagi menghubungi pihak Embassy Malaysia di Singapore, jawapannya tetap sama tiada apa yang boleh dibantu. Pasrah dengan jawapan semua tu. Bila Sab keseorangan di sini Sab pula mula demam2, kurang selera makan.. Badan tak sedap je. Hati ni berkata Sab mengandung ke, Sab minta tlg rakan belikan pregnt test Ya Allah. Allah berikan Sab rezeki. Sab mengandung. Sab menyusu badan anak, jadinya period memang tak teratur. Sab tak tau. Berapa bulan pun tak pastu, nak ke klinik di sini tapi tak mampu. Tapi…. Dalam keadaan yg Sab tau ni. Sab dimaklumkan nak kena naik ke mahkamah.
Pada 26/9 Sab telah dihadapkn ke mahkamah. Mulanya Sab akan dijatuhkn hukuman tapi Sab mohon hakim dilanjutkn jatuh hukum sebab Sab perlukan suami dan Sab nk jumpa anak-anak dulu. Hati ni tak tahan sangat. Sedih. Sebak seolah macam nak rebah je. Alhamdullilah hakim beri masa sehingga 24/10 hukuman akan dijatuhkan. Tetapi nanti 24/10 hakim akan jatuhkn hukuman pada Sab, Sab akan dikenakan denda. Jika Sab tak mampu untuk bayar Sab akan terus diheret masuk ke penjara. DEMI ALLAH..
Sab buntu, hanya berserah kepada Allah. Sab sekarang menghitung hari 24/10 akan tetapi Sab ingin memohon semua doakan Sab kuat, doakan Sab tidak dikenakan apa-apa, dilembutkan hati hakim memberi Sab peluang, tetapi dalam masa yang sama Sab ingin memohon juga sekiranya ada dapat membantu Sab mengumpul dana sekiranya Sab boleh membayar charge yamg dikenakan. Sab berharap sangat kalian dapat membantu Sab. Sab tidak mampu mencari peguam atau sebagainya, jika antara dapat membantu saya agar saya dapat pulang, saya memohon, merayu. Sab nak balik ke Malaysia, nak bersama anak-anak dan keluarga. Ditambah Sab dalam keadaan sarat mengandung ni. Perut Sab makin membesar.. Ya Allah Aku memohon pada mu membantu ku. Doakan saya kuat ye. Jika anda nak hubungi saya boleh whatsapp +6593766462
#barang di bawa masuk secara sah declare & bayar tax
#disabitkan atas kesalahan menjual barang tiruan
#cubamintabantuantapitiada
No accc maybank :151017013660 (zul iskandar awaldin)
Yg mengharap – sabrina
Sumber : Sabrina Zul
0 comments :
Post a Comment