Beberapa hari lalu, seorang selebriti menerima kecaman hebat netizen apabila menawarkan perkhidmatan membuat ‘wish’ hari jadi kepada peminatnya dengan harga RM50.
Terbaru, pelakon sensasi, Fazura turut memberi respon mengenai cara dilakukan oleh pelakon itu menjana pendapatannya.
Tak adil untuk peminat
Seperti dilaporkan New Straits Time, menurut suri hati Fattah Amin ini, dia kurang senang dengan perbuatan meminta bayaran hanya untuk ucapan peribadi sebegitu. Tambahnya, perkara itu tidak adil kerana selebriti perlu meletakkan peminat sebagai prioriti.
Kita janganlah materialistik sangat. Tak adil untuk minta orang bayar bagi benda macam ucapan sebegitu.
Selebriti berkenaan menerusi Instagramnya mengiklankan perkhidmatan membuat ucapan hari jadi dan apa juga ucapan selamat untuk peminatnya dengan bayaran RM50. Ucapan berkenaan kemudiannya akan diupload di IG storynya selain nama orang ditujukan turut di-mention.
Tak nampak ikhlas
Tambahnya lagi, mesej yang ingin disampaikan perlulah ikhlas dibuat, namun jika tidak mahu dilakukan, sepatutnya langsung tidak dibuat, bukan dengan meminta bayaran.
Tindakan berkenaan padanya seperti membebankan peminat dan seolah tidak ikhlas dipandang.
Kalau tak nak buat mesej peribadi sebegitu, jangan buat langsung. Jangan buat peminat terbeban dengan bayaran sedemikian. Nampak macam tak ikhlas pula di mata mereka.
Walaupun ramai yang mengecam, tidak kurang juga yang mendapatkan khidmat artis berkenaan untuk mendapatkan mengucapkan ucapan selamat untuk yang tersayang.
Sumber: Fazura , New Straits Times
0 comments :
Post a Comment