Pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka, Sharifah Sakinah cukup lantang menyuarakan pandangannya jika merasakan ada isu tidak kena disekeliling. Selain laporan media, dia juga aktif menggunakan media sosial untuk meluahkan pendapat berkenaan isu semasa.
Terpalit dengan isu dakwaan Awal Ashaari memakai kasut fake satu jenama terkenal, pengendali akaun Instagram StreetWearBustedMalaysia turut menuduh Sakinah turut menggunakan produk tidak original.
Macam mana menilai dengan gambar sahaja?
Akaun yang banyak membongkar ketulenan produk dipakai selebriti dan instafamous berkenaan memuatnaik foto Sakinah dengan dakwaan golongan artis dikatakan berlagak dan angkuh apabila bergelar duta sesuatu jenama. Akaun itu juga mendakwa Sakinah sebagai duta Adidas juga kantoi memakai kasut tiruan.
Sakinah kemudiannya memuat naik semula screenshot berkenaan dengan persoalan bagaimana akaun sebegitu boleh meneliti keaslian sesuatu produk hanya dengan gambar semata.
Saya tertanya-tanya, macam mana ‘pakar’ keaslian produk boleh menilai hanya berdasarkan gambar eh? Saya takda la cuba nak jadi angkuh tapi nak tahu je. Kriteria apa yang boleh menyebabkan kasut tu jadi fake?
Saya bagi publisiti percuma
Menurut Sakinah lagi, dia juga mendapat kasut berkenaan daripada pihak Adidas sendiri bukannya dibeli daripada pihak ketiga. Dia juga sempat menyindir akaun sebegitu hanya membuat perkara berkenaan untuk mendapat perhatian daripadanya.
Yang hairannya, saya tak beli dari third party, jadi adakah maknanya Adidas HQ sendiri bagi kasut fake? Apa motif? Oh, mungkin nak dapat perhatian pakar penilai online ni kot.
Syabas, korang dapat perhatian saya. Saya bagi publisiti percuma, tak payah bayar RM50. Saya belanja.
Sumber: Sharifah Sakinah
0 comments :
Post a Comment