Aku Terpelanting 2 Meter, Kaki Putus Tertinggal Di Motor..

Ujian Allah boleh datang tanpa diduga. Apa yang membezakan sesama hamba-Nya adalah bagaimana ujian itu dihadapi sama ada tetap imannya ataupun ada juga segelintir yang mula mempersoal dan menyalahkan takdir.

Seorang gadis menghadapi ujian besar dan mungkin tidak mampu ditangani semua orang apabila terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Akibat daripada insiden itu, dia telah kehilangan sebelah kaki.

‘Dia punya tenang, reda dan kuat semangat buat aku kagum’

Kisah menyentuh hati berkenaan dikongsikan rakan sekolah gadis berkenaan di Twitter. Menurutnya, gadis berkenaan, Elia cukup tenang, reda dan kuat semangat sekaligus mengundang kekagumannya. Walaupun ditimpa ujian seberat itu, Elia juga dikatakan tidak menangis.

Langgar tiang, terpelanting

Menceritakan kejadian malang itu, menurut Elia, dia terlanggar tiang dan terpelanting sejauh 2 meter dan kakinya terputus tertinggal di motor. Setelah kaku selama lebih kurang 2,3 minit, dia mendapat kekuatan bergerak dan mendapati kakinya sudah tiada.

Dia juga tidak dapat menggambarkan perasaannya apabila mendapati sudah tidak mempunyai kaki ketika kejadian. Namun, gadis ini kekal optimis dan yakin dengan hikmah yang terkandung disebaliknya.

Elia kini berada di hospital untuk menunggu luka pulih dan menjalani fisioterapi.

Ingat masa kita di dunia ni tak tahu panjang ke pendek

Tak mampu nak menangis

Menurut Elia, selepas mendapati kaki kanannya sudah dipotong, dia sudah reda. Pada malam kejadian juga kakinya dibedah dan dipotong sehingga paras betis. Dia sempat berseloroh mengalu-alukan ajakan rakan-rakannya ke mall untuk mendapatkan kelebihan parking Orang Kelainan Upaya (OKU).

Sumber: Elia Nurul, Helmi Hamid

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment