Setiap suri pastinya mendambakan gajet dapur yang dapat membantu memudahkan lagi tugasan memasak setiap hari. Antara peralatan utama yang mesti ada sudah tentu pengisar. Pengisar terbaik adalah alat yang boleh bekerja dengan cepat, selain berfungsi luas. Pengisar Tefal Ultrablend Cook BL962 berkelajuan sangat tinggi yang menjadikan penyediaan bahan 15 kali lebih lancar berbanding pengisar biasa. Ia dibangunkan dengan enam bilah keluli tahan karat profesional yang menyaksikan 45,000 putaran terhasil dalam seminit. Teknologi bilah Tripl’Ax® Pro pula menjadikan bahan dapat dikisar dengan sempurna serta menepati cita rasa anda.
Pengisar Versatil
Jag pengisar ini dibina dengan kaca berkualiti tinggi yang tahan suhu sejuk mahupun panas. Binaannya juga stabil dengan penutup ketat dan selamat, selain memiliki penutup stim yang boleh dibuka. Paparan digital menjadikannya tampak moden dan memudahkan anda melihat masa penyediaan dan sebagainya.
Tidak cukup dengan itu, pengisar canggih ini turut memiliki lapan program automatik untuk menyediakan bahan panas dan sejuk. Program ini memudahkan anda untuk menyediakan pelbagai hidangan dengan pantas. Anda boleh menikmati rasa dan nutrien asli setiap bahan yang dikisar dengan adanya sistem kawalan suhu yang tepat.
Menu Mudah Sedia
1. Dengan pengisar Tefal ini, anda boleh menyediakan hidangan berkhasiat serta bernutrisi tinggi seperti jus buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Selain penyediaan bahan untuk memasak, hidangan seperti sos pencecah dan sup juga mudah untuk disediakan.
3. Buat ibu yang memiliki anak kecil, anda juga boleh mengisar makanan bayi menggunakan Tefal Ultrablend Cook BL962 ini bagi mendapatkan hasil makanan yang lebih mudah ditelan bayi.
The post Pengisar Moden Serba Guna appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment