Berpuasa buat pertama kali pastinya pengalaman yang paling menyeronokkan buat anak anda namun pastikan anda menyiapkan menu yang berkhasiat dan dapat memberikan tenaga kepada mereka ketika bersahur. Jelita senaraikan lima menu sahur terbaik untuk anak anda.
Kurma
Kurma bukan sahaja dihidangkan sewaktu berbuka tetapi ia juga boleh dihidangkan ketika bersahur. Buah kurma dikatakan dapat membantu memberikan tenaga segera untuk tubuh. Selain itu, ia juga tinggi dengan kandungan serat yang sangat baik untuk sistem pencernaan.
Oat
Anda juga boleh hidangkan oat sebagai menu bersahur anak anda. Ini kerana oat dapat membantu anak anda mengekalkan tenaga mereka sepanjang berpuasa. Selain itu, oat juga dapat mengenyangkan perut untuk jangka masa yang lama.
Telur
Telur juga adalah hidangan sahur yang terbaik untuk anak anda. Telur dapat membekalkan protein dan tenaga untuk anak anda sepanjang hari.
Kentang
Kentang dapat membuatkan perut lebih kenyang berbanding roti. Oleh itu, beri anak anda hidangan kentang untuk sahur nanti.
Kacang
Kacang adalah sumber lemak, protein dan serat yang baik. Selain kacang, tempe juga adalah antara pilihan menu yang terbaik untuk sahur anak anda.
The post Menu Sahur Terbaik Untuk Anak Anda appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment