Manfaat Puasa Untuk Kecantikan Dan Kesihatan

Bulan Ramadhan datang lagi dan sudah menjadi kewajipan sebagai umat Islam untuk anda menunaikan salah satu rukun Islam yang ke 4 itu.

Walaupun anda menahan lapar dan dahaga seharian, namun, berpuasa tidak berbahaya pada aspek kesihatan dan kecantikan malah ia mengandungi manfaatnya yang tidak diketahui ramai.

Apabila berpuasa, badan anda tidak menerima sebarang makanan dan minuman di dalam tempoh yang lama. Ini sekaligus membuatkan badan mengalami proses detoks, yang mana akan membuang racun dan kotoran daripada badan.

 

Racun dan kotoran ini berpunca daripada makanan dan minuman yang anda ambil setiap hari.  Apabila ia tidak dikeluarkan daripada badan anda, ini akan menyebabkan pelbagai masalah kulit dan kesihatan seperti jerawat, ekzema, sembelit dan sebagainya.

Jelita kongsikan dengan anda manfaat berpuasa daripada aspek kecantikan dan kesihatan.

KECANTIKAN

  • Membersihkan wajah
  • Mencegah jerawat
  • Mengurangkan iritasi dan gatal-gatal pada wajah
  • Mengurangkan ekzema
  • Mempercepat proses penjanaan semula sel-sel kulit.

 

KESIHATAN

  • Mengurangkan berat badan
  • Membersihkan kuku dan rambut
  • Membersihkan mata/ penglihatan mata menjadi lebih jelas
  • Mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan
  • Meningkatkan kesihatan ginjal dan usus.

 

Tip Kekal Cergas & Bertenaga Sepanjang Ramadhan

  • Minum air putih dengan cukup, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

 

  • Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan.

  • Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan bersantan

  • Tidur yang cukup
  • Minum susu untuk bekalkan tenaga.

Untuk itu, jika ada yang beranggapan, berpuasa hanya membuatkan badan anda lemah dan lesu ia tidak benar sama sekali.

 

 

The post Manfaat Puasa Untuk Kecantikan Dan Kesihatan appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment