Perempuan mana yang taknak kelihatan cantik di hari persandingannya. Sebab itu, pentingnya pemilihan jurusolek yang bagus. Taknak la yang main tempek ja. Inilah yang berlaku kepada pasangan pengantin dari daerah Hankha Chai Nat, Thailand.
Pengantin perempuan, Darika Klinkuhlab menyuarakan kekecewaan di laman Facebooknya apabila diberikan solekan yang boleh dikategorikan sebagai buruk. Dia mengambil pakej dari butik berhampiran rumahnya untuk solekan dan sewaan pakaian.Baginya lebih mudah kerana lebih dekat dengan rumahnya.
Masih senyum walaupun makeup buruk.
Pada hari perkahwinannya 13 Mei lalu, dia pergi ke butik itu pada waktu tengah hari, tapi terpaksa menunggu selama tiga jam sebelum jurusolek mula menyolek. Jurusolek selesai makeup bila majlis dah nak bermula pada pukul 4 petang.
Walaupun Darika kecewa dengan hasil solekan, tapi dah terlambat untuk makeup semula. Jadi pasangan pengantin cuba untuk tersenyum ketika majlis diadakan.
Selepas itu, dia post gambar perkahwinannya di laman Facebook dan beri peringatan kepada bakal pengantin untuk memastikan mereka memilih butik pengantin dan jurusolek yang betul. Cerita beliau dikongsi secara meluas di Facebook.
Dapat tawaran untuk re-shoot gambar perkahwinan.
Menurut Bangkok Post, Darika dihubungi oleh seorang photographer professional, Park Eun Young. Park menawarkan untuk membawa pasukan jurugambar dan jurusoleknya untuk menjadikan memori perkahwinan mereka lebih indah.
Mulanya Darika menolak tawaran itu kerana kawasan rumahnya adalah perkampungan di bandar Bangkok. Tapi pasukan Park tetap berkeras. Pasukan mereka tiba di rumah Darika pada 15 Mei lalu. Sesi bersolek dan bergambar dilakukan selama lebih 3 jam.
Pasangan pengantin bersama pasukan Park Eun Young sewaktu sesi photoshoot. Hasil gambar memang kebabom!
Gambar & solekan letups!
Park Eun Young berkata dia dan pasukannya gembira membantu membawa kebahagiaan dan kecantikan baru kepada pasangan pengantin muda itu. Memang terpancarlah kegembiraan pasangan ini dengan hasil yang diberikan.
Cantik kan? Siapalah tak happy bila dapat offer untuk buat photoshoot. Hasilnya pulak da boom! Beza betul dengan gambar pada hari perkahwinan mereka.
Kredit : Bangkok Post & Darika Klinkuhlab
The post [11 FOTO] Makeup Saya Buruk! – Pasangan Pengantin Thailand Ditawar Reshoot Gambar Kahwin, Hasilnya Kebaboom! appeared first on OHBULAN!.
0 comments :
Post a Comment