Kenali Warna Mengikut Kesesuaian Kulit

Sudah menjadi lumrah alam, manusia diciptakan dengan warna kulit yang kuning cerah, coklat dan ada coklat gelap. Jika dahulu memiliki kulit cerah sememangnya idaman wanita. Aura dan energi wanita berkulit cerah dikatakan lebih tinggi berbanding wanita berkulit gelap. Tapi itu dahulu. Kini, persepsi masyarakat lebih bersifat terbuka dalam membincangkan perihal warna kulit. Bahkan mempunyai kulit coklat juga kini dianggap unik dan diminati.

Tidak kira apa jenis kulit yang anda miliki, anda boleh nampak lebih menyerlah sekiranya anda tahu menggayakan sesebuah busana mengikut kesesuaian warna kulit. Bunyinya macam remeh, namun jika anda tidak menghiraukan tip ini, anda berpotensi menjadi bahan ejekan rakan-rakan dek kerana fesyen yang tidak sesuai dengan warna kulit. Jadi, mari ikuti panduan ini.

1. Bagi yang berkulit cerah, terdapat pilihan warna yang lebih banyak. Anda bebas mengenakan warna pakaian dalam kelompok pastel seperti coklat muda, biru muda atau merah jambu ataupun warna-warna terang dan garang seperti merah, hijau, biru dan lain-lain.

Image result for fashion show runway
2. Untuk anda yang mempunyai warna kulit seperti kuning langsat eloklah anda mengenakan warna-warna tropika seperti kelompok warna wanita berkulit cerah. Perbezaan warna kulit anda tidak begitu ketara dengan wanita berkulit cerah. Jadi apa yang mereka pakai, anda juga boleh pakai.

 

Image result for model runway
3. Wanita berkulit sawo matang jangan ragu-ragu untuk memilih warna sedikit gelap seperti hijau dan maroon agar anda terlihat lebih menarik. Warna-warna sebegini tidak begitu menonjolkan penampilan anda.

Image result for atikah karim model
4. Untuk wantia berkulit gelap atau lebih dikenali eksotik, anda sesuai menggunakan busana warna tanah yang lembut. Namun jika anda bijak menata gaya diri anda, anda juga boleh menggayakan warna-warna berani.

Image result for fashion show runway for black people
Elakkan menggunakan warna busana yang terlalu kontra dengan warna kulit. Misalkan berkulit hitam sementara busana yang dikenakan warna merah berahi. Penampilan anda akan terlihat berat sebelah. Selamat mencuba!

 

The post Kenali Warna Mengikut Kesesuaian Kulit appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment