Anting-anting berlian dan zamrud hijau ini adalah pemberian Richard Burton kepada Elizabeth Taylor. Perhiasan ini mampu memukau sesiapa sahaja yang memandangnya. Elizabeth pernah menggayakan anting-anting ini ketika Tayangan Perdana Lawrence of Arabia pada tahun 1962 dan sekali lagi dia memakainya ketika menyambut ketibaan Ratu Elizabeth di Washington pada tahun 1976. Kejelitaan Elizabeth lebih terselah apabila dia turut menggayakan kerongsang yang turut diperbuat daripada berlian dan zamrud hijau yang sama. Menurut Richard Burton, “Saya memperkenalkan Elizabeth Taylor kepada bir dan dia perkenalkan saya kepada Bulgari.”
The post Berlian Paling Ikonik Di Dunia appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment