Pejam celik kini sudah 10 tahun Bio Oil memperkenalkan jenamanya di Malaysia. Produk Bio Oil dilancarkan secara global pada tahun 2002 dan mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2007 dan tidak lama kemudian, produk ini berjaya meraih kedudukan selaku produk parut dan rengangan kulit No. 1 di Malaysia.
Selain di Malaysia, Bio Oil juga antara jenama produk kesan parut dan rengangan kulit no. 1 di 23 negara yang lain. Produk ini dihasilkan oleh Union Swiss adalah pengeksport antarabangsa produk penjagaan kulit yang terkemuka di Afrika Selatan dan ia dimiliki oleh dua adik-beradik iaitu Justin dan David Letschert yang telah berjaya melancarkan produk Bio Oil di 154 buah negara.
Antara kehebatan Bio Oil ialah:
Tiga Saiz Berbeza
Bio Oil boleh di dapati dalam tiga saiz botol yang berbeza. Botol 60ml amat sesuai dijadikan sebagai set menggembara manakala saiz ekonomi, 125ml pula menawarkan penjimatan yang hebat. Untuk penggunaan harian, botol 200ml dapat bertahan lebih lama dan lebih menguntungkan. Dipasarkan pada harga RM 34.95 (60ml), RM 58.25 (125ml) dan RM 79.45 (200ml). Anda boleh memilih saiz yang sesuai dengan gaya hidup anda.
Empat Ekstrak Tumbuhan Semula Jadi
Bio Oil diperbuat daripada ekstrak tumbuhan kamomil yang mencetuskan kesan sejuk dan nyaman pada kulit anda manakala lavender pula dapat merawat kulit kering dan gatal; rosemary membantu melegakan kulit yang sembap dan bengkak; dan kalendula pula dapat merangsang pertumbuhan sel kulit yang baru.
Dapat Menangani Lima Jenis Masalah Kulit
Bio Oil terbukti secara klinikal mampu untuk memperbaiki penampilan, kesan parut, rengangan kulit dan kulit tidak sekata serta dapat membantu dalam merawat kesan penuaan dan kulit kering.
Enam Selebriti Ternama Guna Bio Oil
Antara selebriti yang menggunakan produk Bio Oil ini adalah Kate Middleton, Kim dan Khloe Kardashian, Victoria Beckham, Mel B dan Sienna Miller. Mereka menggunakan Bio Oil untuk merawat renggangan kulit dan sebagai pelembap kulit.
Dihasilkan Dari Tujuh Ramuan Unik
Bio Oil mengandungi ekstrak tumbuhan kamomil, lavender, roesemary dan kalendula, vitamin A & E, serta bahan unggul PurCellin Oil yang membantu kulit anda untuk menyerap khasiat dengan cepat agar kulit sentiasa halus dan lembut tanpa kesan melekit.
Pulih Dalam Tempoh 8 Minggu
Menerusi satu ujian klinikal yang dijalankan di proDERM Institute for Applied Dermatological Research Hamburg, Jerman, sejumlah 92% subjek melaporkan kesan parut mereka semakin pudar selepas lapan minggun manakala 100% subjek melaporkan pengurangan kesan regangan kulit, lama dan baru dalam tempoh waktu yang sama.
Sesuai Untuk Ibu Mengandung
Bio Oil juga mampu untuk mengurangkan regangan kulit bagi ibu mengandung serta mengatasi masalah kulit lain seperti pigmentasi atau melasma dan parut jerawat yang berlaku akibat perubahan hormon yang berlaku sewaktu hamil.
The post Bio Oil Sambut Ulang Tahun Yang Ke-10 appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment