Baca Sebelum Sign – Lelaki Ini Jawab Tanggapan Negatif Netizen Bank Telan Duit Setelah Isi Minyak

bank-float-header

Beberapa hari lepas seorang pengguna facebook telah meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati kerana wangnya sebanyak RM200 diapungkan pihak bank setelah mengisi petrol sebanyak RM70. Status itu telah viral dan mengundang pelbagai reaksi negatif daripada netizen.

Tidak bersetuju dengan respond negatif netizen, Khairul Azri memberikan penerangan mengenai hal ini. Kegopohan dalam penyebaran maklumat menimbulkan salah faham dalam kalangan pengguna?

Bank telan duit setelah isi minyak?

h1

Kegopohan dalam penyebaran maklumat.

Di antara komen komen negatif yang keluar dari share posting bank telan duit saya lepas isi minyak (Boleh rujuk gambar dibawah/sebelah):

1. Bank memang problem…? Saya pernah kena…? Teruknya orang Islam bekerja…?

2. Emmm…macam2…yg sesak makin kedana…bkn up jd mudah tp makin terbelit plak jdnye

3. Jangan isi guna kad, Nanti dia amik cash. Bank dah gila agaknya.

Mula mula aku ingat taknak komen tapi kalau dah nak dekat 32K shares, dan majoriti yang shares percaya benda merapu macam ni..apa bala penyakit otak lah agak-agaknya yang menyerang rakyat Malaysia dikala ini.

Pengapungan perkara biasa apabila guna kad debit

14479818_10211138618930211_4096743140454832732_n-1

1. Pertama sekali pengapungan (baca:’float’) apabila menggunakan kad debit ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh hampir ke semua bank, ianya bukan kaedah baru yang di perkenalkan apabila kau upgrade kad atm kau kepada paywave. Tidak ada kena mengena sebab ini Bank XXX ataupun cara orang Islam berkerja.

Kau pakai la bank cap apa pun, cap harimau ke cap sotong ke, 99.9% bank menggunakan kaedah ini.

Janganlah jadi Islamophobic mahupun seorang Apologetic muslim. Semua benda kau nak salahkan agama, penyakit betul.

2. Kenapa bank menggunakan kaedah ini?

Untuk memudahkan pengguna dan juga mengelakkan penipuan yang belaku di stesen minyak.

3. Sebab itu, apabila kau nak sign up sesuatu kemudahan/fasiliti mahupun perjanjian,

BACA, BACA dan BACA.

Bukannya buang polisi/TNC dalam jamban ataupun buat balut najis kucing kau.

Inilah masalah orang Malaysia.

Malas membaca. aku rasa patut tukar nama Malaysia jadi Malasca (MALAS + baCa).

Inilah berlaku apabila kerap dimomokkan perkara negatif

4. Inilah yang berlaku apabila kerap di momokkan dengan perkara-perkara negatif seperti negara nak bankrupt lah, bank tak de duitlah, ini konsipirasi yahudi dan sebagainya.

Bukan sorang dua yang aku jumpa yang hidup dia penuh dengan ‘drama’ ketakutan, negativity, prejudis dan teori konsipirasi. ramai.

Dan orang-orang jenis macam ni lah yang suka menyebarkan segala mak nenek benda benda negatif tanpa usul periksa, contohnya negara tak da duitlah, tabung haji akan muflis sebab duit kena curi, KWSP takda duit, duit bersara kena rembat,tol naik, gempa bumi kat Malaysia la,orang sekian sekian mati dan sebagainya.

Tergopoh gapah dalam menyebar segala hal, lebih-lebih lagi benda benda yang negatif. Habis penuh dalam FB, WhatsApp, dia nak share kalau ada benda benda yang boleh buat orang mengelabah.

Lagi teruk, bila dah ada explanation ataupun penerangan yang sebenar, dia buat dek buat lek je..krik krik krik..

Bukannya nak betulkan semula persepsi yang telah dia create.

Sungguh tidak bertanggungjawab.

Jauhilah sifat Isti’jal dan al’-ajalah

5. Jauhilah sifat Isti’jal dan al’-ajalah.

Ketahuilah sikap gopoh/tergesa-gesa dalam memproses maklumat atau lebih dikenali sebagai Isti’jal/al-‘ajalah (acah-acah arab) lebih lebih lagi terhadap perkara-perkara negatif akan mengundang kepada sebuah efek psychology ‘self fulfilling prophecy’ di dalam otak kau.

Self fulfilling prophecy adalah sebuah keadaan psychology yang mana kepercayaan kau terhadap perkara negatif akan membuatkan kau selalu menjangkakan outcome/pengakhiran yang menakutkan/teruk yang seterusnya akan membentuk perlakuan perlakuan/tindak tanduk negatif yang akhirnya akan menjuruskan kau betul betul kepada pengakhiran/results yang kau takut dan percaya akan berlaku sebelum ini.

Pening? Baca sekali lagi sambil minum air sejuk. Haha.
(Boleh rujuk Gambar 5 kalau pening tak hilang)
p/s:

“Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk kebaikan. Dan manusia itu bersifat tergesa-gesa.”

sumber: Khairul Azri

The post Baca Sebelum Sign – Lelaki Ini Jawab Tanggapan Negatif Netizen Bank Telan Duit Setelah Isi Minyak appeared first on OHBULAN!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment