Thailand kini dalam tempoh berkabung selepas Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej meninggal dunia. Beribu-ribu orang yang berkabung telah berkumpul di Istana Besar Bangkok untuk upacara keagamaan dan untuk memberikan penghormatan terakhir pada bapa negara itu.
The Tourism Authority of Thailand (TAT) meminta semua rakyat Thailand untuk sentiasa mengikuti perkembangan melalui pengumuman media dan notis daripada Biro Keluarga Diraja Thailand untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Selain itu, pelancong yang sedang melancong di Thailand juga diminta untuk menghormati upacara ini dan juga untuk memakai pakaian yang menghormati upacara itu.
Sepanjang tempoh berkabung, beberapa perayaan dan aktiviti yang diadakan dalam kerajaan Thailand telah dibatalkan atau ditangguhkan. Acara-acara lain akan diteruskan seperti yang dirancang tetapi hanya akan secara ala kadar.
TAT juga ingin mengesyorkan pada pelancong yang bercadang untuk bercuti di Thailand dalam masa yang terdekat untuk mengesahkan semula dengan ejen pelancongan masing-masing dan memeriksa media Thailand dengan kerap serta mengikuti nasihat pihak berkuasa tempatan untuk pengumuman dan juga perkembangan terkini.
Pengangkutan awam bagi sesetengah daerah boleh terjejas sepanjang tempoh berkabung dan pihak berkuasa Thailand meminta kerjasama para pelancong sekiranya mereka mereka mengalami kelewatan kerana beberapa laluan mungkin akan ditutup.
Bagi anda yang akan ke Thailand dalam masa terdekat ini, pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini menerusi media Thailand dan pengumuman yang dibuat oleh pihak berkuasa Thailand. Pastikan anda mematuhi peraturan dan adat istiadat sepanjang tempoh berkabung.
The post Acara Dibatalkan Sepanjang Tempoh Perkabungan Raja Thailand appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment