Penyanyi, Jane Jackson, 50, bakal menimang cahaya mata pertama pada bulan depan.
Jackson juga turut bersepakat bersama suaminya untuk menamakan bayi mereka Michael.
Jackson yang mendirikan rumah tangga bersama Wissam Al Mana, 41 sejak empat tahun yang lalu mahu mengabadikan nama Raja Pop itu sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang mereka.
Jackson mengesahkan berita kehamilannya menerusi majalah People selepas gambar dia dan suaminya yang juga jutawan terkenal Qatar dilihat membeli barangan bayi di London.
Selain pengakuan eksklusif, Jackson juga turut berkongsi gambar terbaru menunjukkan dirinya sarat mengandung.
Suami Jackson, Wissam melayan isterinya seperti seorang permaisuri sepanjang tempoh kehamilannya. Malah keluarga Jackson juga menghormati pendirian pasangan berkenaan untuk membesarkan anak mengikut ajaran agama Islam.
The post Janet Jackson Mahu Mengabadikan Nama Michael Untuk Bayi Sulung appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment