Pergi Check Up Sama-Sama, Bersalin Pun Hari Yang Sama Dengan Madu..

Persoalan poligami sering dijadikan topik perbincangan yang sangat menarik buat kaum lelaki tetapi sebaliknya tidak bagi kebanyakan wanita. Bagi lelaki yang telah berjaya berpoligami, mereka adalah orang yang paling bertuah apabila mempunyai dua tulang belakang yang sentiasa ada di sisi.

Di Facebook, seoarang wanita yang dikenali sebagai Ilda Amiza, berkongsi kisah dia dan madunya hamil dan melahirkan zuriat pada hari yang sama. Lebih menggembirakan, suaminya turut berada di sisi sewaktu mereka hendak bersalin. Wow so sweet!

Indahnya aturan ALLAH

19 April tarikh yang akan diingati selamanya. Tarikh tersebut merupakan hari kelahiran ‘kembar’ Muhammad Danish Hakeem Mohd Faisal dan Muhammad Rayyan Hadif Mohd Faisal. Walaupun mummy hanya melahirkan seorang, tapi Allah anugerahkan dua orang putera dalam hari yang sama, hanya berbeza masa. Pelik tetapi benar!

Mummy dan adik madu Yuyu Yusna, dikurniakan rezeki untuk mengandung pada masa yang lebih kurang sama. Maha Adilnya Allah. Ketika itu masih dalam fasa awal poligami. Agaknya Allah bagi sama rata agar tiada pihak yang berjauh hati.

Pergi check up bersama-sama

Kami pergi check up bersama-sama. Di hospital dan doktor yang sama. Masih terbayang wajah confused doktor dan jururawat selepas mummy selesai diperiksa. Mummy keluar bilik, adik madu pula dipanggil masuk. Tuan Suami pula terus duduk menunggu di dalam bilik doktor sambil berkata “Ini seorang lagi”. Kalau mengikut EDD, Danish sepatutnya lahir akhir April dan Rayyan pula sepatutnya awal Mei. Namun, siapa pun tidak dapat menidakkan kuasa Allah. Kun faya kun.

Pukul 3 pagi 19 April mummy sudah ada tanda bersalin. Kontraksi sudah kerap. Kebetulan malam itu giliran Tuan suami di rumah mummy. Selepas solat Subuh, kami bergegas ke hospital. Doktor datang periksa pukul 6.45 pagi. Danish dalam keadaan ‘fetal distress’. Sudah buang air di dalam rahim. Maka tepat pukul 8 pagi, lahirlah Muhammad Danish Hakeem secara c-sect. Danish ditahan sementara kerana perlu bantuan oksigen. Pukul 3 petang baru mummy dapat jumpa Danish.

Wad yang sama

Sedang Tuan Suami sibuk menguruskan mummy di wad, adik madu pula pecah air ketuban di rumah. Mujur ada adik ipar dan mak madu. Adik ipar yang tolong hantar adik madu ke hospital dan mak madu pula tolong jaga anak3 di rumah. Servis sudah bertukar tangan. Giliran Tuan Suami menemani adik madu pula di bilik bersalin. Akhirnya pukul 11 malam 19 April, lahirlah Muhammad Rayyan Hadif.

Kami berdua ditempatkan dalam wad yang sama. Berkampunglah kami semua. Sekali lagi para jururawat dan petugas hospital berada dalam keadaan confused dan tertanya-tanya. Pukul 3 pagi 20 April, barulah Tuan suami dapat berehat setelah selesai semua urusan bersalin kami berdua. 24 jam berjaga mengurus kami semua. Hari yang penuh pelbagai emosi dan rasa.

Tidak dapat rasakan apakah perasaan Tuan Suami ketika itu. Syukur pada Allah, beliau berjaya laksanakan tanggungjawab keluarga dengan baik walaupun berpoligami. Terima kasih banyak-banyak pada Tuan Suami. We love you so much.

Mungkin satu dalam seribu

Kisah mummy mengandung dan bersalin bersama-sama adik madu mungkin satu dalam seribu. Mujur tidak viral waktu tu. Last but not least, Happy 4th Birthday Danish dan Rayyan! Kalian berdua hadiah hari lahir mummy yang paling berharga! Mummy daddy ummi doakan anakanda berdua terus jadi anak soleh wa musleh, penyejuk mata, penawar hati kami dunia akhirat, amin.

Sumber : Nor Ilda Amiza Ismail

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment