Berlangsung satu pertandingan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-61 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang menyaksikan Qari dan Qariah Malaysia, Abdul Khair Jalil dan Nor Faizurah Panut masing-masing dinobatkan sebagai johan kategori Tilawah. Menerusi Bernama, Abdul Khair memperoleh markah 93.02 peratus manakala Nor Farhatul Fairuzah meraih 87.05 peratus.
Ingin bawa ibu bapa menunaikan haji
Mereka berdua membawa pulang hadiah jongkong emas bernilai Rm70000 berserta wang tunai RM40000 dan piala iringan yang disampaikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang berkenan berangkat ke majlis itu. Tempat kedua dan ketiga bagi kategori qari di menangi oleh Yassine Bekouassa dari Algeria dan Ilyas Lamhayahoui dari Maghribi. Manakala kategori qariah tempat kedua milik qariah Indonesia Wardatun Nisa Hasa dan ketiga karimah Hayibaraheng dari Thailand.
Tidak dinafikan, memang satu cabaran besar (kekalkan kejuaraan negara) namun dengan persiapan rapi, latihan dan berkat doa, hari ini kejayaan milik saya.
Abdul Khair yang merupakan seorang pensyarah universiti tempatan dalam bidang Al-Quran mengakui berhadapan cabaran untuk mengekalkan kejuaraan Malaysia yang menjadi johan kategori yang sama pada tahun lepas. Dia turut berhasrat untuk membawa keluarga menunaikan haji dengan menggunakan hadiah wang tunai yang dimenanginya.
Juara untuk kali pertama datang bertanding
Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim turut berangkat ke majlis tersebut bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Saya akan gunakan hadiah ini untuk membalas jasa kedua ibu bapa dan gunakan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
Nor Farhatul Faizurah seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Seremban berkata dia amat teruja kerana menjadi juara walaupun baru pertama kali bertanding di peringkat antarabangsa.
MTHQA61 yang bertemakan ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’, berlangsung selama enam hari bermula 15 April lepas, dengan jumlah penyertaan seramai 99 peserta dari 68 negara.
Sumber: Bernama
0 comments :
Post a Comment