‘Big NO To Sugar & Salt!’ – Wanita Ini Kongsi 30 Menu Sihat Untuk Bayi 6 Bulan & Ke Atas

Ibu antara individu yang paling excited menyediakan apa sahaja kelengkapan untuk menjaga bayi mereka. Lagi-lagi bila si comel dah boleh makan, macam-macam menu dah bermain di fikiran untuk disediakan. Tapi, anda perlu tahu juga pemakanan bayi perlu disediakan dengan cara yang sihat dan berkhasiat.

Melalui Facebook seorang ibu ini, Najwa Marzuki telah berkongsikan beberapa menu sihat yang boleh menjadi rujukan anda.

Big no to sugar & salt..’

Rasa nak share something untuk kebaikan bersama. Semoga bermanfaat.

Bila jadi seorang ibu ini kita tak boleh MALAS. Dari anak baby lahir lagi kita dah tempuh tak tidoq malam, so letih sangat. Bila anak dah 6 bulan kena prepare makanan dia pula. Kalau yang bekerja dah kena bangun awal 5 pagi or maybe awal lagi. Penatkan. Tapi macam saya cakap, kuncinya jangan MALAS.

Some mommies will go for instant foods. I’m not totally disagree n not encourage. Since Aafiyah Medina umur 6 bulan memang saya prepare foods dia sampai sekarang umur 8 bulan.

Kenapa saya totally prepare all foods for my princess and sangat straight to a BIG NO to SUGAR & SALT. Sebab itu pentingnya ‘4 day rules’ supaya kita dapat detect anak allergic makan apa. Gula garam sangat tak bagus untuk anak yang umurnya 2 tahun ke bawah. Nak tahu sebab apa? Google.

‘Jangan sesuka hati nak suap anak orang..’

Kita dah prepare yang terbaik untuk anak tapi ada juga orang luar yang nak suap makanan yang kita tak buat dan tak pernah bagi untuk anak kita. Geram dan sedih jugak. Pernah je ada orang nak suap Aafiyah makan kuih, ayam goreng. Saya ini pula sejenis tak sampai hati nak tegur takut ada yang terasa hati.

Nasib baik saya sempat cari alasan. Alhamdulillah, Allah bantu. So peoples out there please lah jangan sesuka hati nak suap anak orang. Mintak izin mak nya dulu. Kita penat prepare for the best, orang luar yang break all our preparations.

So, here I make it short why SUGAR & SALT tak sesuai untuk anak 2 tahun ke bawah:

  • Buah pinggang bayi belum matang sepenuhnya.
  • Deria rasa bayi 1000x lebih sensitif dari orang dewasa.
  • Mengelakkan anak menjadi picky eater.

Ok itu je sharing yang beremosi daripada ummi Aafiyah. Maaf kalau ada yang terasa hati. Biasa la dah jadi mak-mak ini jadi terlebih concern pula. Haha!

Kat sini Ummi kongsi menu-menu Aafiyah waktu umur 8 bulan. Semua gambar-gambar kat bawah ini sebelum blend. Blend nasi dan lauk sekali. Aafiyah dah ada 2 batang gigi. Masih makan makanan yang di BLEND, Ummi dah try blend kasar yang ada nasi biji-biji dia tak mau. It’s ok sayang, asalkan awak nak makan Ummi dah syukur. Semoga bermanfaat!

Menu untuk bayi 8 bulan

Menu ringan sihat

Sumber: Najwa Marzuki

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment