Kalau korang nak tahu, hampir 40% rakyat Malaysia memelihara kucing dan negara kita berada di tangga ke-6 paling banyak pelihara kucing! Wowww! Siapa yang bela kucing je yang tahu betapa manja dan jinaknya diorang ni. Kadang-kadang boleh cair gelagat diorang!
Tapi, ramai jugak yang tak tahu beza kucing dewasa dengan anak kucing. Lain tau! Bukan pada saiz badan je tapi jugak pada nutrisi yang diorang kena dapat untuk membesar. Jangan main sumbat je semua benda, kesian anak kucing tu. Korang perlukan makanan kat bawah ni untuk bantu anak kucing korang membesar dengan sihat!
Royal Canin bantu menyokong sistem imunisasi anak kucing!
Anak kucing ni sama jugak macam anak manusia. Baru-baru lahir sistem imun diorang belum cukup kuat dan antibodi pun lemah. Untuk membesar, diorang perlukan imunisasi yang kuat agar dapat membesar berdasarkan kadar yang sepatutnya.
Dengan Royal Canin yang lengkap dengan antioxidant, Vitamin C dan E serta lutein dan taurine, ia dapat membantu menyokong dan meningkatkan sistem imunisasi anak-anak kucing korang.
Ia juga membantu sistem penghadaman anak kucing!
Ketika proses tumbesaran berlaku, sistem penghadaman anak kucing belum lagi matang dan juga rapuh. Tapi, ia akan berkembang menjadi lebih baik dari masa ke semasa. Sebab tu dengan kombinasi protein yang mudah dihadam dan juga serat dalam Royal Canin boleh bantu anak-anak kucing untuk mendapatkan usus yang lebih kuat.
Lengkap dengan pelbagai khasiat untuk berikan tenaga secukupnya kepada si tompok korang!
Kalau korang perasan, anak kucing ni aktif semacam kan? Ha sebab mereka nak membesar. Jadi mereka memerlukan makanan yang betul memberi tenaga kepada mereka. Anak kucing perlukan beberapa bulan untuk dapatkan berat badan yang ideal dan struktur tulang yang kuat.
Antara keperluan anak kucing ialah mineral, protein, vitamin D dan jugak kalsium untuk membantu tumbesaran tulang dan otot di samping memberikan kesihatan yang baik! Ia juga memberikan tenaga yang diperlukan oleh anak-anak kucing! Semua ni ada dalam Royal Canin tau!
Ada ke makanan yang dibuat mengikut jenis kucing?
Royal Canin ada menyediakan makanan yang khas untuk kucing-kucing yang berbaka unik! Antaranya ialah:
- British Shorthair
- Persian
- Maine Coon
Ada juga makanan yang sesuai untuk semua jenis anak kucing macam yang kat bawah ni!
Kalau kucing korang tak suka makan makanan kering, Royal Canin juga peket makanan basah tau. Anak kucing korang sure suka punyalah!
Tak pasti nak kasi makanan basah, makanan kering atau campuran? Ha, tengok video ni dulu!
Ha, dah faham kan? Apa kata korang cuba teknik campuran tu. Dapat segala manfaat yang diperlukan sekaligus! Mesti kucing korang suka.
Korang berpeluang untuk menang makanan kucing Royal Canin untuk 1 bulan!!
Seramai 5 orang pemenang akan dipilih untuk memenangi makanan Royal Canin untuk 1 bulan tau. Wow! Boleh jimat teruk ni! Korang boleh klik kat sini dan dapatkan borang penyertaan tersebut! Dapat Royal Canin weh bukan biasa-biasa punya produk. Mesti kucing korang happy!
Contest ni berlangsung dari 11 Februari hingga 31 Mac 2019 tau! So korang kena cepat-cepat join lah! Peluang keemasan ni tak boleh dilepaskan.
Maklumat lanjut pasal produk Royal Canin ni korang boleh klik di sini!
0 comments :
Post a Comment