‘Takyah Menyanyi Kot, Macam Tercekik Sudu Ja’ – Che Ta Perli Siapa Tu?

Selain mencuri perhatian netizen dengan penggayaan fesyen sedondon sekeluarga setiap kali bercuti, Rozita Che Wan atau Che Ta dikenali sebagai selebriti yang lantang.

Terbaru, ibu kepada 3 anak ini memerli seseorang individu menerusi Instagram storynya. Siapa agaknya ditujukan perlian berkenaan?

Artis didakwa caras market designer

Menurut Che Ta, seorang pereka fesyen yang dimaksudkannya pernah membuat kenyataan artis yang menjadi pereka fesyen seperti ‘mencaras’ pasaran mereka. Terbaru, kata pelakon Kiah Pekasam ini, pereka itu dikatakan akan menjadi penyanyi pula.

Tambahnya lagi, dia tidak kisah mengenai keputusan individu itu namun, apabila mendengar lagu yang akan dilancarkan, nyata menghampakan. Dia mencadangkan pereka itu tidak meneruskan nyanyiannya.

Tak ada isu dengan sesiapa

Walaubagaimanapun, isteri kepada Zain Saidin ini berharap pihak di sana tidak mengambil hati dengan kenyataannya. Malahan dia tidak mempunyai isu dengan sesiapa pun.

Che Ta juga menambah, sebelum satu Malaysia mula mengkritik nyanyian pereka berkenaan, lebih baik dia berbuat demikian terlebih dahulu.

Sumber: Rozita Che Wan

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment