Viral Patung Datuk Gong & Hindu Diletakkan Di Surau, Ini Pengakuan Suspek Yang Tak Masuk Akal

Penduduk Taman Pendamar Indah, Klang dikejutkan dengan penemuan sebuah patung berhala ‘Datuk Gong’ yang diletakkan di pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda. Tiga hari kemudian, dua patung Hindu bersaiz kecil pula diletakkan di atas pagar surau berkenaan.

Pihak polis telah melakukan siasatan dan mendapati suspek yang terlibat meletakkan patung-patung berkenaan mengalami sakit mental atau gila isim.

Suspek tinggal kira-kira 200 meter dari surau

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya berjaya menahan lelaki berusia 37 tahun pada jam 6.15 petang semalam. Suspek tinggal di sebuah rumah yang terletak kira-kira 200 meter dari surau berkenaan.

Berdasarkan keterangan suspek, lelaki itu meletakkan satu patung kepercayaan Buddha dikenali ‘Datuk Gong’ berikutan mahu mengajak mereka yang menganut agama berkenaan untuk sembahyang di surau terbabit.

Dua lagi patung kepercayaan Hindu turut diletakkan berikutan tujuan yang sama.

Suspek memaklumkan dia kerap bermimpi melihat Kaabah dikelilingi berhala dan percaya perlu bertindak melakukan perkara yang sama di surau berdekatan rumahnya itu.

Menuntut ilmu salah

Tambah Shamsul Amar lagi, suspek mengaku mengambil patung-patung berkenaan dari tokong kecil berhampiran rumahnya dan kawasan sekitar.

Suspek juga dipercayai baru sahaja pulang ke negara ini dari negara jiran selepas dipercayai bekerja serta menuntut ilmu agama yang salah (gila isim).

Hasil pemeriksaan ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek juga mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu mendatangkan kecederaan pada 1997 dan kes curi pada 2000.

Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh merangkumi semua aspek dan tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah mental.

Sumber: Harian Metro

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment