Khamis lalu seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun meninggal dunia akibat difteria di Johor. Melalui kenyataan akhbar yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kanak-kanak tersebut tidak menerima sebarang imunisasi sejak lahir.
Terbaru, 5 lagi kanak-kanak di Johor disyaki positif difteria termasuk kakak kepada kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia tersebut. Di Facebook, Dr Ezairy M.Sallih menerangkan simptom dan cara penyakit ini boleh berjangkit.
Apa itu difteria?
Tambah KKM lagi, penyakit ini disebabkan oleh jangkitan bakteria Corynebacterium diphtheriae yang menyebabkan sakit tekak dengan selaput di dalam tekak. Selain itu, bengkak tonsil dan kemungkinan komplikasi bacteremia (infeksi darah) dan endokarditis (infeksi pada jantung) sehingga menyebabkan kegagalan organ, yang boleh membawa maut.
Cara jangkitan dan simptom difteria
Menurut Dr Ezairy M.Sallih, penyakit ini boleh berjangkit melalui beberapa cara iaitu:
Mahalnya Harga Seorang Anak : 5 lagi positif Difteria!
Lima lagi kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria, kini ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA). Ini berita yang amat-amat membimbangkan.
Tuan-tuan dan puan-puan, perhatikan anak-anak kita. Lihat juga diri kita dan pasangan kita.
Jangkitan ini mudah berjangkit melalui beberapa cara.
1. Cairan pernafasan pesakit
2. Batuk dan bersin di dalam jarak dekat dengan pesakit
3. Sentuhan pada pesakit yang tercemar dengan cecair pernafasan
Kenalpasti simptom dan gejala ini pada ahli keluarga anda!
1. Sakit pada tekak
2. Kesukaran untuk menelan makanan dan minuman
3. Selaput putih atau kelabu boleh dilihat pada kawasan tekak dan sekitarnya
4. Disertai gejala seperti demam, lesu dan tidak sedap badan
5. Bengkak pada kelenjar leher
Cara elak penyakit
Kita boleh mengelakkan anak-anak kita mendapat jangkitan ini dengan pemberian suntikan vaksin.
Yang masih mahu berubah, saya doakan kalian lakukan langkah ini seberapa segera mungkin untuk kesihatan anak-anak kita dan anak-anak seluruh masyarakat di negara kita.
Mengapa jangkitan difteria ini amat berbahaya?
1. Selaput putih yang terbentuk pada tekak dan farinks pesakit boleh mengakibatkan pesakit kesukaran bernafasan
2. Ia juga boleh menyebabkan pembengkakan pada leher
3. Toksin yang menyerap ke seluruh tubuh juga boleh merosakkan organ lain seperti jantung
Bantulah komuniti masyarakat kita. Sayangi anak-anak kita. Penyakit ini mampu untuk dicegah. Lengkapkan suntikan imunisasi untuk anak-anak kita.
Ya, terlalu mahal harga untuk anak-anak kita. Ia anugerah yang tidak pernah ternilai. Hargailah ia.
Sila #KONGSI nasihat ini jika anda rasa ia amat bermanfaat untuk orang yang kita sayangi
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Otorhinolaryngologi
Telinga, hidung & tekak
Sumber : Dr Ezairy M.Sallih
0 comments :
Post a Comment