Menerusi Berita Harian, sebuah feri penumpang dalam perjalanan dari jeti pekan Kuah ke Kuala Perlis dijilat api selepas baru sepuluh minit berlepas dari jeti. Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Kedah kejadian berlaku kira-kira pada jam 3 petang tadi.
Menerusi Twitter, wartawan TV3 Kumaran Rajamoney mengatakan 52 orang mangsa telah berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan dan usaha memadam feri tersebut masih diteruskan.
Video feri terbakar
Sebuah feri dari Langkawi yang dipercayai menuju ke Kuala Perlis terbakar di perairan pulau itu sebentar tadi. @bombaJBPM negeri #Kedah mengesahkan kejadian. Operasi digerakkan bagi memadam kebakaran. Butiran mangsa sedang diteliti. @NewsMPB pic.twitter.com/OD8abBuyo6
— Kumaran Rajamoney (@KumaranNewsMPB) February 25, 2019
Kesemua penumpang berjaya diselamatkan
Menurut Utusan Online, kesemua penumpang feri tersebut berjaya diselamatkan selepas beberapa bot nelayan dan bot pelancong yang berhampiran menyedari kejadian itu.
Maklumat awal mendapati, terdapat mangsa yang bertindak terjun ke laut untuk menyelamatkan diri, punca kejadian masih dalam siasatan
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Kedah berkata bahawa pihaknya telah menerima panggilan kecemasan jam 2.48 petang dan terus segera ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari pantai.
Sumber: Berita Harian, Kumaran Rajamoney, Utusan Online
0 comments :
Post a Comment