‘Condemn Semua Benda Macam Awak Je Tahu’ – Abby Abadi Balas Kenyataan Caprice Tentang Blackpink

blackpink

Rentetan daripada komen Abby Abadi mengenai etika pemakaian kumpulan wanita dari Korea, BLACKPINK , yang kini berada di Malaysia, penyanyi Rap Caprice telah membuat video maklum balas.

Caprice salah faham

Instagram Photo

Menerusi video yang dimuat naik oleh Caprice di laman Instagramnya, Caprice memberitahu setiap penyanyi berkumpulan mempunyai identiti berbeza sesuai dengan genre yang dibawa oleh mereka.

Abby Abadi bagaimanapun bertindak membalas komen itu dan mendakwa Caprice sebenarnya salah faham dengan kenyataannya mengenai etika pemakaian.

Perlu ikut etika pemakaian

Instagram Photo

Bukan itu sahaja, Abby Abadi turut meluahkan rasa terkilan setelah kenyataanya sebelum ini telah disalah tafsir oleh media. Tambahnya, portal tersebut telah menokok tambah kenyataannya sebelum ini. Dia hanya pertikaikan kenapa kumpulan tersebut tidak mengenakan syarat tentang pemakaian yang perlu dipatuhi apabila membuat persembahan di Malaysia sebagaimana yang perlu dipatuhi oleh beberapa artis luar negara lain.

Pelakon Gerak Khas ini juga merasakan terkilan akibat daripada perbuatan menokoh tambah daripada beberapa portal online tersebut menyebabkan ramai peminat BLACKPINK meninggalkan kata-kata kesat diruangan Instagramnya.

Sumber: Abby Abadi

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment