Hampir sebulan mendiamkan diri, akhirnya finalis Dewi Remaja 2018/2019, Anna Jobling buka mulut mengenai isu penyebaran video parti. Bagaimanapun, finalis Dewi Remaja ini menafikan dakwaan dalang penyebaran video tersebut dan menegaskan tuduhan itu adalah fitnah.
Menurut Harian Metro, Anna Jobling menafikan dakwaan dalang disebalik penyebaran video itu dan tampil buka mulut menegaskan keadaan sebenar.
Bukan saya yang sebarkan
Akaun Instagram Anna Jobling turut diserang netizen dan membuat tuduhan Anna telah mengkhianati kawannya yang lain meskipun tidak mengetahui kesahihan dakwaan tersebut. Dia turut menganggap tuduhan itu adalah fitnah yang sengaja dilemparkan terhadap dirinya.
Ingin dijelaskan, bukan saya yang sebarkan video itu. Saya nak bersihkan tuduhan ini. Setakat main tuduh saja, semua orang boleh cakap. Ia adalah fitnah kepada saya. Tetapi tak mengapa, saya maafkan mereka. Saya hanya mahu ‘move’ dan lupakan semua. Paling penting teruskan bersikap positif dengan orang sekeliling.
Kalau boleh nak terus berkawan
Selepas program ini kalau boleh nak terus berkawan dan sama-sama berjaya dalam industri. Tetapi, apabila perkara ini berlaku, ia turut membabitkan saya.
Bagaimanapun, Anna Jobling terkesan dengan tuduhan disebalik dalang penyebaran video itu dan perkara tersebut berlaku membuatkan dirinya terganggu apabila masyarakat memandang serong terhadap gelaran Dewi Remaja.
Saya hanya buat tak tahu saja
Sedangkan sebagai dewi perlu menjaga imej dan menjadi contoh kepada remaja dan masyarakat amnya. Namun, perkara ini membuatkan kami jadi sebaliknya. Kami dah tak nampak seperti contoh yang baik. Persepsi masyarakat sedikit berubah. Jadi ia menyedihkan saya. Mereka tak tahu cerita sebenar. Tapi, nak buat macam mana. Saya hanya buat tak tahu saja.
Dalam pada itu, Anna Jobling agak terkilan dengan apa yang sudah terjadi ini dan perkara itu sedikit sebanyak telah mengubah persepsi masyarakat terhadap dirinya dan rakan yang lain.
Sumber: Metro
0 comments :
Post a Comment