Korang tahu tak yang smoothie bowl ni sangat berkhasiat and senang nak buat? Baca artikel ni untuk resepi dan reason untuk korang buat smoothie bowl kat rumah.
3 sebab Kenapa Korang Patut Mulakan Hari Dengan Smoothie Bowl Sis Katy
1. SMOOTHIE BOWL SIS KATY TIDAK MENGEMUKKAN
Cuma ada buah-buahan, product tenusu & bijirin. ‘Sedekahkan’ lah nasi lemak korang tu untuk capai azam kurus korang yang selama ni tertangguh .
2. DAPUR TAK PERLU BERASAP
Sesuai untuk korang malas nak masak atau yang tak reti nak masak.
3. SENANG & CEPAT
Resipi Babe Hack ni cuma perlukan 7 ramuan, 1 blender dan 5 minit
So, mulakan lah hari korang dengan sumber serat, protein, lemak sihat dan karbohidrat yang baik dalam bentuk smoothie bowl. Korang boleh buat dengan pelbagai jenis buah-buahan rasa yang korang nak. Tukar topping dengan topping favourite korang pun boleh. Selamat mencuba!
RESEPI PENUH
SMOOTHIE BOWL BUAH-BUAHAN TROPIKA
Bahan-bahan:
2 ulas pisang
1/4 biji nanas
1 biji mangga
1/2 biji buah naga merah
1 biji kecil ubi bit
3 sudu besar yogurt
1/2 cawan susu kurma
1. Potong dadu semua buah-buahan dan dibiar beku semalaman.
2. Masukkan buah-buahan beku, yogurt & susu kurma ke dalam blender. Kisar hingga creamy.
3. Tuangkan ke dalam mangkuk, kemudian hias dengan hirisan pisang, granola, kiub buah naga putih dan kuaci labu
Kalau korang suka siri Babe Hack, share artikel dan video ni, follow dan like Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti trend mekap, fashion dan lifestyle wanita yang terkini.
0 comments :
Post a Comment