Susulan kontroversi seorang pelakon wanita membuka tudung baru-baru ini. Ramai netizen dan rakan artis mula berkongsi pengalaman mereka ketika awal penghijrahan berhijab. Antaranya, isteri Fad Bocey iaitu Nur Syahirah A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Sya.
Melalui perkongsian Fad Bocey dalam ruangan Instagramnya, Sya mula berhijab apabila hampir setiap hari isterinya bermimpi tentang hari kiamat dan satu persatu ahli keluarga meninggalkannya.
Mimpi buruk penyebab Sya berhijab
Sebenarnya niat dah lama dan dah lama saya kumpul tudung. Tapi biasalah iman kita turun naik, kadang tengok orang cantiknya bertudung tapi bila pakai rasa macam tak yakin..Masyallah bukan mudah istiqamah tu.
Tapi satu masa tu hampir setiap hari, saya selalu dalam keadaan resah. Kalau ke mana-mana otak fikir kalau kemalangan mati macam mana ? Sampaikan setiap hari mimpi hari kiamat. Mimpi keluarga meninggalkan saya…
Sya yang mula berhijab sejak 19 Januari lalu mendedahkan perkara tersebut melalui laman Instagramnya.
Membawa diri ke arah lebih baik
Tambah Sya, dia tidak menganggap apabila seseorang itu memakai tudung sudah dikira cukup baik dan sempurna namun dengan menutup aurat boleh membawa diri ke arah yang lebih baik.
Bukannya nak cakap pakai tudung ni kita dah cukup baik cukup sempurna tapi bila kita bertudung moga kita ke arah yang lebih baik.
Tak ada satu pun manusia yang sempurna tapi kita cuba la untuk cari kesempurnaan itu. Tak ada paksaan dari suami tapi kenapa kita sebagai isteri tak boleh korbankan benda tu.
Sya turut meluahkan rasa syukur dan tenang selepas memakai tudung dan berharap semua orang mendoakannya terus istiqamah.
Sya dan Fad mendirikan rumahtangga pada 2015 dan dikurniakan anak kembar lelaki Adrazin Hayyan dan Adrazin Zayyan yang kini berusia empat tahun dan seorang puteri Nur Aminah Mishall yang berusia dua tahun.
Sumber: Fad Bocey
0 comments :
Post a Comment