Didakwa Culik Gadis Cina, Netizen Bersatu Sign Petisyen Elak Lesen ‘Abang Go-Jek’ Ditarik

Awal bulan ini viral di laman sosial rakaman video pemandu Go-Jek Singapura, Kamaruzzaman Abdul Latif yang didakwa menculik penumpangnya gara-gara melalui jalan bertol.

Terbaru, pihak berkuasa pengangkutan Singapura (LTA) dilaporkan akan mengambil tindakan ke atas Kamaruzzaman berhubung isu itu.

Go-Jek panggil pemandu

LTA dalam satu kenyataannya kepada Channel News Asia mengatakan pihaknya sedang meneliti isu itu dan perlu mendengar kedua-dua belah pihak bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.

LTA sedang melihat isu ini secara mendalam. Bagi mendapatkan pemahaman lebih jelas, LTA perlu bersemuka dengan pemandu dan penumpang untuk mendengar cerita kedua-dua pihak.

Dalam satu respon email kepada agensi berita itu, pengendali e-hailing itu turut menjelaskan mereka bekerjasama dengan LTA sepanjang masa.

G0-Jek sedia maklum mengenai siasatan LTA dan kami bekerjasama secara berterusan. Adalah tidak bersesuaian jika apa-apa komen dikeluarkan ketika ini.

Notis temuduga

Isnin lalu, Kamaruzzaman menerusi Facebooknya memuatnaik foto surat yang mengarahkan dia hadir ke pejabat LTA untuk sesi temuduga.

Surat dengan tajuk ‘Notis Menghadiri Temuduga’ itu dikeluarkan kerana ada laporan telah dikeluarkan ke atasnya berhubung insiden pagi 29 Januari itu.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, LTA telah mengeluarkan garis panduan yang perlu diikuti teksi, kereta sewa dan bas. Antara lain alat rakaman yang dipasang dalam kenderaan tidak mempunyai fungsi rakaman audio supaya perbualan dengan penumpang dapat dirakam.

Petisyen bela ‘Abang Go-Jek’ dilancarkan

Netizen prihatin telah melancarkan petisyen untuk membela nasib Kamaruzzaman menerusi page change.org. Setakat ini, lebih 48 ribu tanda tangan telah diturunkan sebagai tanda sokongan kepada ‘Abang Go-Jek’ ini. Pihak yang memulakan petisyen ini mensasarkan untuk mengumpul 100 ribu tanda tangan dalam masa terdekat.

Petisyen itu juga bukan kutipan derma namun kaedah rayuan untuk LTA bagi mengelakkan lesen peribadi kenderaan (PDVL) Kamaruzzaman ditarik balik. Kamaruzzaman yang mempunyai 3 anak mungkin akan hilang mata pencarian kerana penarikan lesen itu dan akan memberi kesan kepada keluarganya.

Berdasarkan undang-undang sedia ada, dia boleh dikenakan denda 500 Dollar Singapura kerana berkongsi video itu kepada umum.

Sumber: Channel News Asia, Change.org

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment