‘Sampah Jenis Baru’ – Gara-Gara Perkenalkan #JanganBayarChallenge, Selebriti Media Sosial Teruk Dihentam

Kalau sebelum ini pelbagai challenge menjadi trending di media sosial contohnya #kikichallenge #deleallichallenge dan pelbagai lagi. Kalau anda perasan, kebanyakan cabaran begini mula menjadi ikutan selepas golongan selebriti mencubanya terlebih dahulu. Betul tak?

Di twitter, seorang individu kesal apabila selebriti media sosial mula memperkenalkan challenge baru iaitu #janganbayarchallenge. Perbuatan tidak bermoral itu mendapat kritikan ramai.

Jangan bayar challenge?

Seorang ayah dipenjara kerana mencuri makanan untuk memberi makan anak-anaknya yang lapar. Namun, instafamous tergamaknya buat cabaran bodoh ini.

Sebelum rekod ini, saya ada baca komen dan mereka bangga dengan buat cabaran jangan bayar. Pencurian adalah dosa, tetapi mereka sangat bangga.

Sampah jenis baru

Seorang individu di twitter turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan tidak bermoral yang dilakukan selebriti media sosial ini. Malah, dia terkilan apabila golongan ini diangkat sebagai icon oleh remaja-remaja sekarang.

Rendahnya standart budak idola ini

Kita berhak report post bodoh

Perbuatan tidak bermoral mereka mendapat kecaman ramai netizen. Rata-rata menganggap mereka kebudakan yang mahukan perhatian. Tak kurang yang merasakan ini hanyalah sekadar gurauan, namun perlu ke bergurau dengan cara negatif begini?

Kenapa nak tunjuk contoh negatif?

Tunjuk bodoh untuk famous?

Apa apa pun semoga kita tidak terlibat dalam challenge bodoh ini yer. Ingat hukum haram halal, barulah berkat kehidupan. Gitu!

Sumber : Twitter

 

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment