Baru-baru ini, telah viral di media sosial sebuah rakaman video menunjukkan seorang pemimpin politik berceramah di dalam sebuah masjid di Johor Bahru. Perbuatan pemimpin politik berkenaan adalah yang kali pertamanya berlaku sehingga menimbulkan kemarahan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Video ahli politik berceramah
— Captain Tsubasa (@AP4178) February 15, 2019
Ini adalah tradisi negeri Johor
Menurut laporan daripada Harian Metro, Sultan Ibrahim telah bertitah bahawa, peraturan bagi semua masjid di Johor adalah tidak ada sesiapa dibenarkan berceramah terutama di dalam masjid atau kawasan sekitarnya kecuali yang mendapat tauliah dan kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).
Semua masjid di negeri Johor adalah kawasan larangan untuk sebarang unsur politik sejak dahulu lagi. Ini adalah tradisi negeri Johor.
Ia adalah tempat beribadah dan menyatukan ummah. Sebarang unsur politik yang dibawa hanya akan memecahbelahkan jemaah, menjejaskan kesucian masjid serta keharmonian masyarakat.
Amaran terakhir
Sultan Ibrahim juga bertitah, semua Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid perlu sentiasa mematuhi peraturan dikeluarkan Jabatan Agama Johor dan bertanggungjawab memastikan perkara itu berulang lagi
Ini adalah amaran terakhir, jangan sampai pisang berbuah dua kali. Saya harap pemimpin berkenaan sedar akan kesilapan yang dibuat dan segera meminta maaf.
Masjid sebagai rumah Allah dan tempat beribadah hendaklah dipelihara kesuciannya oleh semua umat Islam.
Baginda juga bertitah agar pemimpin politik berkenaan yang juga seorang Ahli Parlimen dan menteri Kabinet perlu segera menghadap Baginda serta memohon maaf secara bersurat dan tidak mengulangi kesilapan itu lagi.
Respon TMJ
Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim menerusi laman Twitternya juga bertegas agar pihak Majlis Agama Islam sentiasa memantau dan mengambil tindakan kepada sesiapa yang berceramah politik di dalam masjid.
0 comments :
Post a Comment