Cikgu atau guru adalah insan yang bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa dan mencorak masa depan generasi muda selepas ibu bapa. Peranan guru begitu besar dalam memastikan anak-anak muridnya mencapai kejayaan.
Menerusi gambar perkongsian Yusmie Yusoff di Facebook menunjukkan telatah dan ragam murid-murid sekolah rendah yang tidak mahu ke sekolah. Cara guru ni pujuk anak muridnya sungguh menarik.
Cakap lembut pun tak jalan
Aku pujuk-pujuk, usap-usap belakang, cakap lembut pun tak jalan, penyudah aku cempung masuk ke kelas. Punya la cikgu sayang kat anak murid, siap berdukung lagi masuk ke kelas.
Anak aku 3 orang pun tak peronah aku buat macam tu kat deme. Yang kat belakang tu Ustaz Hidayat tengah buat rundingan diplomasi pujuk masuk ke kelas. Untung le kome… Kalau zaman muda dulu memang udah ku tangankan je. Dah tua2 ni maleh dah nak buat itu semua. Udah insaf.. ???
Menurutnya, dia telah memujuk anak murid itu dengan pelbagai cara tetapi tidak berhasil. Akhir sekali, dia mendukung anak muridnya itu ke dalam kelas. Dalam gambar tersebut juga kelihatan rakan setugas guru itu turut sedang cuba memujuk anak murid yang lain.
Cikgu yang berhati mulia
Untunglah adik oii
Sumber: Yusmie Yusoff
0 comments :
Post a Comment