Berjalan Kaki 10km Setiap Hari Ke Sekolah, Kisah Anak Yatim Piatu Ini Undang Sebak

Tidak semua orang dilahirkan mempunyai kehidupan yang selesa dan senang. Tatkala kita gembira, ada yang derita susah menghadapi kehidupan seharian. Seperti perkongsian guru ini mengenai pelajarnya yang susah.

Bayangkan di usia 13 tahun, anak yatim piatu ini sanggup berjalan 10KM untuk datang ke sekolah.

Kasihan anak ini….

Ikuti perkongsian cikgu ini…

“Diusia 13 tahun, terpaksa menempuh perjalanan hidup yang mencabar. Ayah dan Ibu sudah kembali mengadap Ilahi. Atuk dan Nenek juga sama. Hanya menumpang kasih seorang kakak yg berusia 21 tahun.

Datang ke sekolah, berjalan kaki sejauh 10 km. Kekadang berbekalkan wang saku, RM2.00. Tapi… acapkali datang dengan poket kosong.”

6 adik beradik semua dijaga orang

“Hanya mengharapkan belas kasihan guru2 dan kawan2. Semoga kamu tabah. InsyaAllah, suatu masa nanti akan ada sinar buatmu anak.

Menurut guru ini juga, pelajar ini mempunyai 6 beradik semuanya. Kesemua adik-beradik itu ada diambil orang sebagai anak angkat mereka. Namun, pelajar ini tinggal bersama kakaknya yang sudah berkahwin. Abang iparnya sahaja yang bekerja untuk membantu sara hidup mereka sekeluarga.

Ramai nak bantu

Selepas viral kisah ini ramai orang yang menghulurkan bantuan kepada pelajar ini. Tak kurang juga yang ingin menjadikan pelajar ini sebagai anak angkat mereka.

Buat pengetahuan semua, pelajar ini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sering, Kelantan. Orang ramai yang mahu membantu bolehlah hubungi sekolah tersebut

Cukuplah sekadar membantu..

Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk menjadikan pelajar ini sebagai anak angkat memandangkan dia masih mempunyai kakak kandung.

Semoga dipermudahkan urusan..

Sebaknya..

Sumber : Oghe Bachok

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment