Hari ini media digemparkan dengan kontroversi penyanyi Aliff Aziz, yang didakwa curang seperti yang diceritakan sendiri isterinya Bella Astillah di Instagram.
Secara tiba-tiba nama Afifah Nasir juga kembali hangat diperkatakan dan menjadi buah mulut netizen. Peminat pelakon wanita itu mahu pelakon tersebut tampil membersihkan namanya semula selepas terpalit dengan kontroversi yang hampir sama tahun lalu bersama Aliff Aziz.
Allah is the greatest planner
Menerusi ruangan komen di Instagram Afifah, ada antara peminatnya yang mengetahui bahawa dirinya tidak bersalah berkaitan isu sebelum ini. Mereka memintanya untuk membersihkan nama semula, kerana sudah terbukti Aliff merupakan punca kes sebelum ini.
Namun pelakon tersebut menyatakan bahawa dia tidak perlu puaskan hati semua orang, kerana perancangan Allah paling terbaik.
Komen peminat Afifah
Majoriti peminat pelakon wanita tersebut gembira bahawa kebenaran sudah terjawab dan nama pelakon kegemaraan mereka sudah kembali bersih.
Sumber: Afifah Nasir
0 comments :
Post a Comment