Kecoh di laman sosial semalam apabila penyanyi tinggi lampai, Aliff Aziz didakwa kembali ‘buat perangai’, seperti didedahkan oleh isterinya Bella Astillah.
Pernah terkena tempias berkongsi nama sama dalam isu sebelum ini, sekali lagi netizen ‘bergurau’ dengan meninggalkan komen di Instagram Alif Satar. Isteri Alif, Shadila Halid kemudiannya memberi respon berhubung ‘gurauan’ diterima suaminya itu.
Lawak lama, tak kelakar dah
Luahan itu dibuat Shadila menerusi IG storynya semalam. Antaranya dia menyifatkan lawak mengaitkan suaminya dengan individu lain sudah terlalu lama dan tidak lagi kelakar.
Sejujurnya, lawak bila kata Alif Satar tapi sebenarnya tak ni dah lama dan tak kelakar dah. Hanya buktikan betapa hambarnya lawak anda.
Kalau niat nak jadi kelakar, anda gagal. Tapi kalau anda nak nampak bodoh, tahniah, anda berjaya.
Sedang bercuti di Australia
Baru sahaja mengumumkan kehamilan anak ketiga mereka, Shadila dan Alif kini sedang bercuti di Brisbane, Australia untuk sebuah rancangan di stesen TV satelit. Bagaimanapun, Alif setakat ini masih tidak mengeluarkan sebarang komen mengenai gurauan netizen di ruangan komen laman sosialnya itu.
Pasangan ini disatukan pada 2014 dan dikurniakan 2 puteri, Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.
0 comments :
Post a Comment