Netizen Teruja Diari Ramadan Rafique Kini Kembali Selepas 15 Tahun

Drama yang pernah mencetuskan fenomena 15 tahun lalu, ketika umat Islam menjalani ibadah puasa, Diari Ramadan Rafique kembali diperkatakan ramai apabila siri drama tersebut telahpun menjalani penggambarannya baru-baru ini.

Drama yang berkonsepkan hubungan kekeluargaan itu masih mengekalkan barisan pelakon utama yang sama, cuma untuk musim terbaru ini ia dikenali sebagai Diari Ramadan Rafique Reunion.

Bertemu selepas 15 tahun

Instagram Photo

Menerusi Instagram pelakon senior Normah Damanhuri, dia berasa gembira apabila dapat bertemu semula semua barisan pelakon drama tersebut terutama Rozita Che Wan di set penggambaran. Menurutnya, mereka tidak berjumpa setelah sekian lama.

Antara babak yang bakal muncul

Mesti ramai netizen teruja untuk mengetahui jalan cerita yang bakal ditampilkan kali ini. Yang pastinya rindu terhadap drama ini bakal terubat.

My childhood story

Tak sabar nak tengok

Ternyata ramai netizen tidak sabar untuk menonton drama siri tersebut. Menurut netizen, drama tersebut seolah-olah mengingatkan mereka ketika zaman kanak-kanak.

Selain Normah Damanhuri, Diari Ramadan Rafique Reunion yang bakal bersiaran di TV3 nanti akan menampilkan juga Rozita Che Wan, Zed Zaidi, Roy Azman dan ramai lagi.

Sumber: Normah Damanhuri

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment