Mesin ATM-BERAS Pertama Di Malaysia Untuk Bantu Golongan Asnaf

Tindakan pengurusan Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat, Kuala Lumpur menyediakan mesin ATM beras untuk kemudahan asnaf buat penduduk sekitar kawasan itu dipuji ramai. Mesin ATM-BERAS ini merupakan mesin yang pertama di Malaysia.

Mesin ATM-BERAS pertama di Malaysia

Di negara Indonesia sudah menyediakan mesim ATM-BERAS ini untuk golongan kurang berkemampuan dan Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat telah menyediakan mesin ini buat pertamanya di Malaysia.

Mesin ATM-BERAS ini juga mempunyai fungsi lain termasuk tabung derma dan sumbangan jemaah yang datang ke masjid. Hasil wang derma dari orang ramai ini akan digunakan untuk membeli bekalan beras buat golongan asnaf.

Perlu sentuh kad pada sensor

Cara menggunakan mesin ini adalah golongan asnaf hanya perlu menyentuh kad pada sensor yang ada pada mesin, kemudian bekalan beras sebanyak 2Kg akan dikeluarkan pada saluran dan ruang bawah mesin ini.

Demo penggunaan mesin ATM-BERAS

Video ini menerangkan demo penggunaan mesin ATM-BERAS khusus untuk golongan asnaf. Tahniah diucapkan buat pengurusan Masjid Al-Akram Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur kerana berjaya menyediakan mesin ini untuk kemudahan orang ramai.

Sumber: Masjid Al-Akram 

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment