Himpunan koleksi aksesori untuk Hari Kekasih

Tambat hati si dia dengan gemerlapan koleksi aksesori daripada Poh Kong, Swarovski, Tiffany & Co dan Princess Heart yang mempunyai pelbagai reka bentuk yang menarik. Selain itu, setiap koleksi aksesori seperti cincin, rantai, gelang tangan dan jam tangan ini memberi makna tersendiri mengikut reka bentuk masing-masing secara terperinci.

Sempena Hari Kekasih kali ini, tiada masa yang lebih sesuai untuk menghadiahkan koleksi aksesori ini kepada diri sendiri atau orang tersayang seperti ibu, kakak, adik, saudara-mara dan rakan-rakan bagi merapatkan tali silaturrahim, dan tentu sekali untuk si dia.

Lihat juga: Pilihan aksesori ikut rentak anda!

Jelita kongsikan beberapa idea koleksi aksesori dari jenama ternama sempena Hari Kekasih yang anda boleh hadiahkan untuk orang tersayang atau beli untuk diri sendiri bagi meraikan musim cinta kali ini!

Cincin, Poh Kong

Lengkapkan gaya anda dengan menyarung koleksi Hari Kekasih yang terdiri daripada kepingan yang elegan, abadi dan mudah dipadankan dengan mana-mana persalinan. Sesuai untuk mereka bakal mengikat tali perkahwinan, cincin bagi anda dan si dia melambangkan permulaan babak baru dalam kehidupan bersama.

The post Himpunan koleksi aksesori untuk Hari Kekasih appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment