Eksklusif Bersama Laudya Cynthia Bella – Jelita Februari 2019

Istimewa majalah Jelita edisi Februari; kami tampilkan Laudya Cynthia Bella, aktres Indonesia yang rupawan dan kini mula bertapak dalam dunia perniagaan di Malaysia.

Dengan lebih 24 juta pengikut di Instagram, Laudya berkongsi secara eksklusif untuk pembaca Jelita cara dia memacu semangat diri untuk menceburi bidang usahawan, soal anak dan hubungan akrabnya dengan anak suaminya, Engku Aleesya Engku Emran serta inginnya dia untuk sertai dunia lakonan di negara ini.

Ketahui rahsia mengunci kelembapan kulit wajah dengan berkesan mengikut nasihat doctor pakar juga tip solekan bernatarkan mainan rona merah jambu dalam Galeri Cantik. Sempena musim karpet merah, Galeri Fesyen membentangkan seleksi busana anggun yang anda boleh cuba gayakan. Selain itu, cara menggaya fabrik satin tanpa nampak ‘murah’.

#JelitaPrihatin 2019 mengupas isu buli siber di kalangan kanak-kanak – apa peranan anda sebagai ibu bapa dan panduan lengkap cara mengawal penggunaan Internet mengikut peringkat usia anak anda.

Semua ini dan banyak lagi dalam edisi Februari 2019!

Baca ini juga: Cara Elak Anak Jadi Mangsa Buli.

The post Eksklusif Bersama Laudya Cynthia Bella – Jelita Februari 2019 appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment