Siapa yang tak suka perkara percuma, tak payah susah-susah keluar duit, tenaga tapi boleh enjoy macam-macam perkara. Mesti korang fikir ada ke lagi benda percuma zaman sekarang ni?
Eh ada..dan kami yakin ramai antara korang yang pernah buat semua benda ni! Betul tak?
Masuk naked face, keluar dah siap bermekap
Haa..yang ni mesti ramai yang buat kan? Selalunya perempuan lah. Yelah, bila nak beli barang make-up ni, kenalah beli yang sesuai dengan skin tone, jenis kulit dan fungsi alat make-up tu sendiri. taknahlah bila beli nanti tak boleh pakai pulak.
Alang-alang nak beli, kenalah cari betul-betul, baru berbaloi dengan harga yang kita bayar tu.
Kenalah try pakai kat muka, barulah tau kena ke tak warna lipstick, Yang lagi best, ada je yang taknak beli tapi saja nak tumpang make-up. Ala bukan kena charge pun. Kita pakai jela tester yang ada tu selagi boleh, jangan kena halau dengan promoter sudahlah. Haha!
Nak try yang tu boleh?
Bila pergi kedai atau stall aiskrim, rasa macam nak semua perisa je. Tapi takkanlah kita sorang nak makan kena beli sampai banyak perisa kan. Jadi, yang selalu orang buat adalah mintak nak rasa macam-macam flavor aiskrim. Brader jual aiskrim ni dah jeling semacam je.
Ahh..tak kisahlah, janji puas hati dapat makan macam-macam perisa aiskrim. Yang penting, PERCUMA! Haha!
“I pergi event sebab nak goodie bag je…”
Selalunya, event yang besar-besar ni goodies diorang pun boleh tahan gempak. Ada yang dapat voucher, buku nota, pen, kalendar, T-shirt, dan kalau event tu dari syarikat besar, untung-untung boleh dapat barangan-barangan yang berharga mencecah ratusan ringgit. Wow! Sebab tulah ramai yang berebut goodie bag ni.
Ada tu yang datang event sekejap, dah dapat goodies, terus balik. Tak tunggu pun event sampai habis. LOL!
Nak satu lagi untuk kawan saya boleh?
Selalunya kalau kat supermarket mesti ada promosi PERCUMA air lah, nugget, ayam goreng, spaghetti dan macam-macam lagilah! Korang pun ambil lah sekali, eh sedaplah pulak. Rasa macam nak lagi lah, tapi segan lah pulak. Buat-buat ambil untuk kawan lah, lepastu makan sampai kenyang. Haha!
Lagi satu, kalau ada lori atau van yang distribute air atau kopi percuma, confirm barisan orang beratur panjang gila! Yelah, tengah-tengah panas tu, dapat pulak minum kopi ais, PERCUMA pulak tu, perghhh!
Eh, tapi, ada satu lagi benda menarik dan berbaloi yang korang boleh dapatkan secara PERCUMA tau. Mesti korang tak percaya!
0 comments :
Post a Comment